"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Thursday, December 30, 2010

kisah aku di semester break

as salam

dear blog,
well, agal lama aku meyepi daripada alam blogger ni. bukan menyombong tapi aku tak berkesempatan untuk mengupdate segala benda dan hal yang terjadi sepanjang cuti semester kali ni. kalai setiap event yang jadi, aku nak kena update, haila....penat lorh! tapi memg banyak event yang terjadi sepanjang cuti ini yang membuatkan aku menjadi org yang sibuk, tapi bukan penyibuk tau!

okey, aku mulakan imbasan event yang terjadi sepanjang cuti kali. ni kiranya aku just buat ringkasan je lah! cam aku kata tadi, kalau nak citer every single event yang terjadi memg tak cukup masa!

event 1:
ni kiranya masa minggu pertama aku balik untuk cuti sem. oh ya, untuk pengetahuan korang, parents aku pergi menunaikan haji dan umrah tahun ni. so masa aku balik cuti sem ni, mereka sudah berada di Tanah Suci lebih kurang 3 minggu lah. masa kau balik ni memg terasa sangat2 bosan sebab mereka tiada dirumah. so cuma tingal aku, adik aku, & grandparents aku je lah! dalam minngu pertama ni, aku kena settlekan banyak hal2 rumah! bayar bil, pergi sekolah adik aku untuk settlekan sume hal2 sekolah dia. in conclusion, minggu ni memg busy n bosan!!!

event 2:
aku keluar melepak dengan kawan2 sekolah dulu. dengan Jannah, Zara, Zaryn, Syu. paling tak best ialah aku kena angkut sekali adik aku!!!!!!! untuk pengetahuan korang, adik aku tu umur 8 tahun, tapi mulut....boleh tahan jugak lah!!! one more thing, aku ni plak jenis memg tak suke keluar bawak budak2 atau keluar dngan budak2 kalau bukan dgn parents aku sebab aku tak suka nak jaga n control budak! hai...agak2 cam ner lah bila kau ada anak sendiri?????

aktiviti kami ialah, pergi main boling! dah penat main......Jannah.....saja mau bagi aku manfaatkan kad atm yang ayah tinggalkan kat aku dengan ajak makan kat Secret Recepi!!!!! pergghhhhh!!! memg tak leh blah! nasib baik lah aku makan cheese cake yang per slice harga dia RM 6.5o jer!!! kalau aku makan ala2 cam adik aku yang pergi melantak western, memg jejak lah RM 50 kat sana makan berdua!!!! well, enjoyyy!!! dengan kad atm ayah, nasib kad kredit die tak bagi...kalau tak...hai2 bye2 lahhhh

event 3:
ni minggu ke berepa kau tak ingat, tapi sminggu sebelum parents aku balik. aku ke Kuantan, join kakak aku punya family day!!!! sebelum pergi granpa, ayah n ummi sempat call daripada Mekah semata-mata nak ingatkan kiatorg tiga beradik ni jaga diri! jgn nak mengenlinjang sangat!!!!! pergghhh!!! terbaikk!!! baik ummi n ayah!!!

event 4:
bermula apa bila aku balik dpd Kuantan. mula mengemas, membeli barang, ke sana, ke sini untuk menyelesaikan sume hal2 yang berkaitan untuk kenduri dan menyambut kepulangan parents aku...rumah nak kena kasi tip top atas bawah! tapi last2 gitu2 jer kemas sebab aku dah penat!!!! masa malam sebelum parents aku balik tu memg aku tak leh tdo sgt! sebab risau, nak mereka selamat sampai ke M'sia ni, n excired nak jumpa mereka...I miss them so much!!!!!! dan akhirmya, mereka selamat tiba ke Muar dalam 2.00++ petang...Alhamdulillah!

event 5:
seminggu lepas paremts aku balik, aku dengan Jannah join Promgram Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM 2010) kat senai selama 3 hari 2 malam. seronok lah gak kat sana. esp, aku dapat tahu tentang IM yang sedang dalam proses rupanya...ingtkan masih dlama perancangan! hahaha..ketinggalan zaman betul!!! tentang friends pulak, aku ni cam biasalah, berat mulut. actually kem ni utk mahasiswa IPTA warga johor. so yang join plak banyak budak2 degree, yang semestinya golongan2 yang lebih tua dpdp aku...ntahlah...aku susah nak coped dengan dieorg...mungkin sebab dieorg lebih matang kowt...dan aku masih rasakan yang aku ni masih cam budak2 lg. the end of the story, kami sempat lah bertukar2 no.phone and masih lagi berhubung dalam fb!

event 6:
beberapa hari selepas balik dpd senai, aku teman grandparents aku ke jb atas urusan kesihatan kat sana. selang beberapa hari kemudian, grandpa aku masuk hospital atas masalah kesihatan. dua hari kat wad biasa, dia di pindahkan ke CCU atas lasalah pada jantung pula. so, memg keje aku ulang alik hospital lah dalam tempoh 2 minggu tu. selepas 10 hari kat CCU, dia dihantar ke IJN untuk rawatan yang selanjutnya. sehingga kini dia masih di sana, tak tahulah bila kan discharge dpdp IJN pulak...

event 7:
aku pergi berkelah , main air and mengenlinjang lah ke melaka wonderland dengan anak2 Makni, iaitu jiran sebelah rumah aku masa kat sg. actually kami memg agak rapat cam satu family, dengan dieorg ni pun aku dah anggap cam adik beradik....it was good!!! sebab best bila ada adik beradik yang ramai...dapat berkelah cam ni. kepenatan memg tak terkata. dengan menjerit2 lagi...memg penat. selesai main air, kami menziarah ke JJ kat Melaka sentral tu.....pastu pergi makan lah plak....dalam pukul 10 kami pualng and tiba kat MUAR dalam 11 lebih! korang memg best!!!! terbaikkkk!!

event 8:
aku ke KUantan lagi......

event 9:
event yang bakal berlangsung! ialah...balik PUNCAK ALAM!!!!!!!


well....sampai sini jelah update aku kali ni....jari jemari dah penat nak mengetuk papan nji....bye2
as salam....:)

Sunday, November 28, 2010

cinta oh cinta??

cinta?

cinta itu wujud apabila ada dua hati yang saling mencintai. dan cinta itu bukan sekadar cinta semata-mata. tapi di dalamnya terdapat kasih sayang, setia, jujur, ikhlas, kepercayaan dan toleransi serta pengorbanan. sebab itu dlam bercinta, langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya mendung. bila badai itu datang menjelma, itulah yang dikatakan ujian atau mungkin sebahagian petunjuk daripada-NYA.

cinta itu indah walaupun ada kalanya amat menyakitkan, that's the beauty of life! sebab adakalanya kita akan merasa bahagia, akan tiba masanya hidup atau sesuatu perhubungan itu boleh menjadi hambar dan suram!

dan jangan sesekali kita lupa diri tatkala cinta itu datang mengetuk pintu hati kita! kerana cinta boleh membuat kita menjadi orang yang BODOH! kerana cinta boleh membuat kita menjadi org yang BUTA dalam celik! kerana cinta kita boleh lupa pada HUKUM-NYA!


cinta dalam ISLAM

kata cinta dalam islam dikenali sebagai 'mahabbah' dan 'mawaddah'. kedua-duanya mempunyai erti yang sama iaitu senang, meyukai dan menyayangi.

Dalam Surah Maryam ayat 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang. ”
Jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia.

Dalam Surah Ar Rum ayat 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

kasih sayang adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh kerana itu terraihnya cinta—kasih sayang pada satu pasangan itu kerana kualiti keimanan rohani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah kasih sayang yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

from: halaqah.net

bercinta @ couple mengikut ISLAM

secara kasarnya ada sesetengah ulama yang mengatakan bahawa bercinta adalah haram dan ada juga yang membenarkan bercinta. hal yang demikian kerana cinta itu dianggap sebagai satu mukadima dalam sesebuah perkahwinan. bercinta yang dibenarkan menurut pandangan Islam ialah apabila ianya bertujuan untuk membina sesebuah perkahwinan dan seterusnya membentuk sesebuah keluarga dan masyaratkat yang harmoni.

menurut Surah Al- Isra ayat 32: dan janganlah kamu menghampiri zina. bercinta yang diharamkan dalam Islam pula ialah apabila terlibat dengan gejala maksiat. bercinta yang tiada arah tujuan atau matlamat. sekadar bersuka ria, yang seterusnya berlakunya maslah sosial seperti seks bebas dan kelahiran anak luar nikah yang seterusnya di buang di tong sampah sebagai sampah yang tidak berguna oleh ibu yang melahirkannya sendiri.


binalah sebuah mahligai iaitu sesebuah perkahwinan yang diberkati oleh-Nya berasaskan tapak yang kukuh, dan suci dan terhindar daripada sebarang kemaksiatan. tetapkan arah tujuan cinta agar kita tidak tersesat dan batas-batas itu sentiasa terpelihara.



Sunday, November 14, 2010

tamat sudah sem 3!

dear blog,

well, aku kembali lagi setelah agak lama menghilang. menghilang kerana tanggungjawab yang terlalu menuntut kesabaran dan ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental ini! iaitu FINAL EXAMINATIONS! setelah 3 minggu berjuang, kini minggu final telah pun melabuhkan tirainya!

okey bercakap pasal final exam, memang setiap sem ada saja citer yang berbeza! actually dari segi apa yang berlaku memang lah tersangat-sangat indah. apa2 pun, Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan minggu exam ini seperti rakan2 yang lain walaupun adalah beberapa dugaan yang aku kira agak berat berlaku dari segi kesihatan dan terutama sekali tanpa ummi n ayah di bumi Malaysia ini!

okey, tu jelah cternya! sekadar nak bagi tahu yang aku masih hidup kat malaysia ni!
nite all!

Thursday, October 21, 2010

rahsia disebalik bulan kelahiran shaye...:)

Result: JULAI
* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangatmenjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja

iye! tgh bersabar lah ni....

dear blog,

post aku kali ini ialah untuk meluahkan rasa hati aku yang berbuku! actually ada dua sebab. dan aku akan bercerita tentang kedua-dua sebab ini dan mengapa ianya terlalu menguji kesabaran aku pada petang ini!

sebab pertama, aku rasa masuk kali ni dah 88 kali handset aku HANG! urghhhhhh...memang sangat2 bersabar pada mulanya, tapi sekarang dah sangat2 menipis dah kesabaran itu. kalau nak di ikutkan hati, nak jer aku baling handset ni masuk sungai Klamg yang sememangnya terkenal sebagai sungai mati, mati sebab tercemar! biar dengan handset ni sekali pun mati! eh2..kejap, bukan handset ni memang tak bernyawa ke? ye, sebab tak bernyawalah aku nak baling masuk sungai....taderlah aku kena tuduh sebagai membunuh!

okey sebab yang kedua, yang baru saja berlaku sebentar tadi. hari ni aku sepatutnya balik ke Muar dengan tiket jam 8.30 malam, tapi ditakdirkan dari Puncak alam aku kena naik bus city liner sebab rapid kl dah lepas. nak dipendekkan cerita, aku sampai Klang sentral ni dalam 15 minit sebelum pukul 6 ptg, so aku berkejar-kejar lah ke kaunter tiket nak tukar tiket, tapi akak yang jaga kaunter tiket tu suruh lah aku turun bawah jumpa dengan driver sama ada boleh tak terima aku sebagai penumpang, then baru naik atas tukar tiket. aku pun berkejar lah semula turun ke bawah, bila sampai bawah, elok je bus tu dah pergi! urghhhhh!!!! sabar je lah lagi...aku tgk jam RADO aku yang cantik berkilau ni baru je pukul 5.50 petang! tapi bus dah jalan????? then aku pun PASRAH! berkampunglah seperti biasa kat KLang sentral ni...agak2 kalau Klang sentral ni orang, mesti dia dah merungut sebab asyik tengok aku jer kat sini! mesti dia kata, "Wei, asyik muka ko jer! JEMU lah aku!!!!"

okey, sekarang aku rasa lega sikit...rasa marah dengan hp and bus dah menurun ke kadar 40% dan kesabaran pula sudah di top up semula, sekarang sedang ada 60 % itu pun setelah marah itu reda....

that's all....bubye!

Wednesday, October 20, 2010

~a walk to remember~


Each Spring in the little port town of Beaufort, North Carolina, when the wind smells of pine and salt and the sea, Landon Carter remembers his senior year at Beaufort High and Jamie Sullivan, the girl who changed his life.

Jamie was the last person Landon was likely to fall for. Serious and conservative, she was as far from cool as she could possibly be, and didn't care. The daughter of the town's Baptist minister, Jamie was not afraid of letting people know that her faith was the most important part of her life, even if it cost her some friends. Landon hung with the in-crowd -- an aimless, moody, reckless guy who breezed through school on looks and bravado. He had no plans, no future and no faith in himself.

One night a prank that he and his buddies set up goes terribly wrong and lands a kid in the hospital. As punishment, Landon must tutor a young student at a poor school and participate in the Drama Club's Spring play two activities the principal hopes will teach him some humility. They also happen to throw him into close contact with Jamie. Clearly in over his head, Landon is forced to ask her for help.

Soon, against his own expectations, Landon finds himself falling in love with this outwardly plain girl who possesses a passion for life he never imagined possible. But it isn't easy. For reasons of her own, Jamie does everything she can to run away from romance until it becomes impossible to deny.

Being together will test everything that they believe in. Most of all, it will test the power of love and faith to transform a life into something worth living.

CRY by mandy moore---A WALK TO REMEMBER--

I'll always remember
It was late afternoon
It lasted forever
And ended too soon
You were all by yourself
Staring up at a dark gray sky
I was changed

In places no one would find
All your feelings so deep inside (deep inside)
It was then that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

The moment that I saw you cry

It was late in september
And I've seen you before (and you were)
You were always the cold one
But i was never that sure
You were all by yourself
Staring at a dark gray sky
I was changed

In places no one would find
All your feelings so deep inside (deep inside)
It was then that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

I wanted to hold you
i wanted to make it go away
I wanted to know you
I wanted to make your everything, all right....

I'll always remember...
It was late afternoon...
In places no one would find...

In places no one would find
All your feelings so deep inside (deep inside)
It was then that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

Monday, October 18, 2010

puncak alam..muar...within 12 hours??

dear blog,

malam ni aku sgt2 penat sebenarnya....sebab baru je balik daripada Muar...based on aku punya tajuk post...muar & puncak alam within 12hours...korang rase possible tak?? jawapannya: YA!
sebab aku telah melakukannya semalam....dan hikayat bermula apabila....

hari sabtu, parents aku buat kenduri doa selamat sebab nak pergi haji. nak dipendekkan cerita, mak cu n the gang kat sabah pulak tibe2 balik! then boleh paksa aku balik hari sabtu tu jugak, ponteng final exam untuk HBU pada ahad petang tu sebab nak sgt jumpa aku, yelah makcu tinggal kat sabah, balik pun jarang2...KILLER okey korang punya rancangan!!! dah elok2 ni jadi final sem aku untuk tamatkan credit hours untuk KOKO, dah kena repeat balik! ah....sudah!

tapi, aku tak termakan dengan pujuk rayu mak cu.... then aku ter 'janji' nak balik ahad, lepas habis exam tuh, dan aku kotakan janji aku yang aku dah ter 'janji' tu. exam aku tamat pukul 3.10 ptg. habis jer exam, aku terus bukak langkah seribu mendaki tangga batu caves sebanyak 218 anak tangga untuk ke hostel. sampai hostel, sempat lagi mandi! pastu solat, siap2 terus turun bawah, sebab nak kejar bus pergi klang sentral pukul 4 ptg.

setibanya di klang sentral, ingat nak dapatkan bus pukul 6 ptg kat transnasional, tapi dah full! tanya tiket lain, paling awal yang ada pukul 7.3o malam.....jadi, berkampunglah aku seperti biasa kat klang sentral tu....dari pukul 4.30 petang sampai 7.30 malam!

setibanya di Muar dalam pukul 11.10 malam, ayah jemput kat stesen bus...urghhh sangat2 penat. dah lah dalam bus tak boleh tdo sebab akak aku psiko jgn tdo terutama bila nak masuk highway simpang empat melaka tu....sebab kes accident last week lah...jerk betul! then sampai2 umah, pergilah menghadap makcu tersayang yang terlalu rindukan aku ni....kononnya ingat dia masak lah apa2 untuk aku, tapi hampeh...dia main masak2 dengan anak dia atas bantal adalah....

sok pagi2 bangun pergi breakfast dengan makcu n the gang, ayah, atuk, and nenek aku kat luar. ummi keje, n tak start cuti lagi....bestnya dapat breakfast satay n lontong!!! my favourite!!!! thank you so much ye ayah...yang sangat tahu anak dia ni memang bab makan2 ni sangat2 lah teruja dan memang kuat sangat makan!

pas balik breakfast, siap2 pulak nak balik shah alam...yesssss...makcu nak anta sampai kl sentral! yahooooo...aku dah lama tak naik train! dan aku tiba di shah alam dalam pukul 1 dan tiba kat puncak alam ni dalam pukul 5 petang sebab weekdays ni susah nak dapat bus!

so, possible kan balik Muar dalam tempoh 12 jam??? ade sesiapa yang berani nak cuba??? jom2!

Saturday, October 16, 2010

~tentang aku dan playboy a.k.a kasanova~

dear blog,

rasanya sudah agak lama aku menyepi. menyepi aku bersebab lah seperti biasa. since exam just around the corner, so minggu peghujung untuk lecture ini dipenuhi dengan kelas yang lebih padat daripada biasa dan test.

so sekarang ni kita balik kepada apa aku nak cerita kali ni. do you still remember about K yang selalu aku cerita dalam blog ni? kalau tak tahu just bace jer, sebab post2 aku pasal K tu aku dah delete kesemuanya, sebab aku tak nak ingat apa2 yang indah pun tentang dia! dan semua post2 yang aku buat sebelum ini hanya yang indah2 saja tentang aku dan dia.

after almost 4 months, Alhamdulillah, i found the truth about him. dia banyak tipu aku dari awal daripada awal perkenalan kami. teruk kan? aku pun tak tahu apa cerita atau perkara yang benar atau cerita tipu dia, sebab aku dah malas nak pikir sangat....biarlah!

macam mana dia boleh tipu aku...hurm..so sweet! dia mulakan perkenalan kami tentang perkara2 yang baik2 jer...oppss! bukan setakat permulaan, tapi sepanjang perkenalan. dengan wataknya yang well-behave buat aku rasa sangat2 terssanjung dan sgt2 selesa untuk berkawan dengan dia. adakalanya dia terlalu jujur untuk berterus terang tentang dirinya, tapi itu adalah fakta yang aku sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan ceritanya. dulu dia pernah kata yang dia seorang BEKAS PLAYBOY, TAPI SEKARANG DIA DAH BERUBAH! dia dah bagitahu dah pun, tapi aku jer yang BODOH sebab tak nampak, dan kadang kala terlalu lurus untuk menilai orang yang ada dekat depan mata aku! in short, sebenarnya dia tak pernah berubah!

pada aku, perbuatan dia memang lah A PART OF PLAYBOY'S CHARACTER AND ROLE! tapi kadang2 sangat kejam. dia tahu dan dia selalu kata yang AKU NI BUDAK. so kalau dah tahu budak2 perlukah dia layan, berkata itu dan ini pada aku? layanan dia, so sweet! sampai aku tak leh beza itu adalah layanan seorang playboy! mesti dia dah cukup puas ketawa kan? ketawa melihat betapa BODOHNYA aku....kebodohan dan kelurusan aku aku dalam menilai siapa dia yang sebenarnmya! cuba bayangkan kalau aku madly in love dengan dia, dia tak fikir ke apa yang dia buat tu boleh musnahkan hidup aku? thanks Allah, because i'm not that type of person sebab aku masih punya iman dan DIA disisi!

1stly masa aku dapat tahu tentang dia yang sebenarnya, tapi jangan tanya macam mana aku dapat tahu perkara yang sebenar, memang aku MARAH sangat2 kat dia, tapi bila semuanya dah reda, dan dah seminggu lebih pun semuanya berlalu, aku rasa yang aku tak patut marah pada dia sebab itu HAK DIA UNTUK MENIPU ORANG SESUKA HATINYA! so, terpulanglah tentang apa yang ingin diperkatakannya tentang dirinya! tapi pada aku pulak, AKU BERHAK RASA MARAH SEBAB ADA ORANG CUBA PERBODOHKAN AKU! KECEWA? rasanya tak, sebab aku dah pun letak limit antara kami, walaupun aku rasa yang aku sebenarnya SUKA pada dia, tapi pengalaman lepas banyak ajar aku tentang rasa kecewa dan bagaimana untuk hindari kecewa itu jika kekecewaan itu datangnya daripada seorang lelaki. dan yang penting sekarang aku cuma nak letakkan diri aku sentiasa dalam kegembiraan sahaja!

untuk dia, aku tahu yang aku bukan siapa2 pada dia, semoga suatu hari nanti dia akan belajar apa erti 'cinta' dan 'sayang ' yang sebenarnya! supaya dia belajar menjadi orang yang lebih matang di masa hadapan dan sedar kesilapan yang pernah dia buat!

thank Allah because led me to the truth!

Tuesday, September 28, 2010

happy or sad?

dear blog,

kesedihan melanda, tapi uniknya aku tak tahu sama ada kesedihan ini sesuatu yang betul atau tidak. aku keliru, keliru sangat-sangat!

hari tu tengah duk lepak2 raya kat klang, aku dapat message daripada ayah. ayah n ummi dah confirm penerbangan haji mereka pada 24 Oktober ini. tarikh yang mereka dapat adalah terlalu awal daripada apa yang dijangkakan.

should i be happy or sad? macam yang kwn2 kata, aku sepatutnya happy, sebab dieorang nak pergi sana sebab nak buat ibadah...okey, i got it! tapi bila dieorang pergi, aku akan sorang2 kat sini. sebab aku rasa kadang-kadang yang aku belum cukup dewasa untuk hadapi semua cabaran yang mendatang. bila aku rasa kecewa, yang aku tahu, mereka akan selalu ada untuk aku. selalu ada untuk bila2 masa. tapi bila mereka pergi, tak ada siapa yang akan selalu ada untuk aku dan akan faham aku macam mana mereka faham aku.

and now, i'm struggle to keep my life happy and goes on as usual...but it's hard! itu baru kerana mereka, belum lagi masuk hal2 lain yang buat aku sedih, tension dan sebagainya. tell me how to survive in this situation!!!!!

that's all....

Wednesday, September 15, 2010

~selamat hari raya~

assalamualaikum...

alhamdulillah, sebab pelita dipanjangkan umur untuk terus blogging seperti selalu. maaf sebab lama tak update blog ni sebab pelita sangat2 sibuk....last post, pelita cerita tentang ape yer?? owh ya, pasal persiapan raya! so, sekarang pelita nak cerita pasal sambutan aidilfitri pelita untuk tahun ini.

pelita mulakan kisah aidilfitri ni daripada sehari sebelum raya. hari itu merupakan hari kemuncak untuk persiapan raya. since, tahun ni kakak pelita sambut raya kat N9, so kerja2 agak berat dan banyaklah. tapi nasib baik tahun ni, kami pakat2 nak mula awal2, dan boleh siap kerja dengan awl, so bolehlah nak rehat awal kan...malam raya pulak seperti malam2 yang lalu. hai maklumlah, keluarga sebelah ayah pelita ni tak besar. ayah ada 3 org adik beradik. tapi yang balik tahun ni cuma berdua jer sebab mak cu pelita yang menetap disabah tu tak dapat balik..sebab dalam pantang. owh ya, lupa nak cter kan...pelita dapat adik baru....nama baby baru, muhammad niyzam.

untuk 1 syawal,
macam selalu juga. lepas kenduri yang selalu atuk pelita buat tiap2 pagi raya, kami buat sesi bermaafan dan ambil gambar untuk kenang-kenangan. lepas tu balik kampung sebelah ummi pelita pulak. tak lah jauh maner. cuma lebih kurang setengah jam jer daripada umah pelita. lepas asar, kami jalan2 lah..pergi beraya...

2 syawal,
adik-beradik ummi balik. kami pergilah beraya. dalam hari ini ada part yang agak istimewa yang pelita nak cerita. pelita ada sepupu yang muda setahu dpd pelita. tapi die tak dapat duet raya..hahaha...mesti sebab pelita ni masih nampak cam budak2 lagi kan?? tuh yang dapat...bangga tau!!! masa raya kat sebelah kampung ayah pun sama. pelita boleh dapat duet raya daripada tuk sedara. tapi adik2 sepupu pelita yang umur 15 & 17 thn tak dapat duet raya....yess!!! hahahah...bangga!

3 syawal,
pelita baliklah umah. sambung raya rumah sedara-mara sebelah ayah pulak. pastu, malamnya pulak kami buat bbq. makan kat verandah depan ni cam selalu. lame tak mkn ramai2 kat situ sebab pelita kan jarang balik kampung. bukan malas, tapi tak berkesempatan.

4 syawal,
part ni yang pelita tak sabar2 nak cerita. pelita pergi beraya dengan kawan2 pelita. pelita ikut jerlah maner mereka nak pergi...sebab hai maklumlah..kalau nak harapkan pelita datang beraya sorang2 memg tak pergilah! sebab pelita ni pemalas sikit! seronok sangat2 sebab dapat jalan2 dengan kawan2..pastu paling syokk dapat pegi karaoke...ni room punya yer. bukanyang toilet punya karaoke. best!!!! siap terkinja-kinja dan menari2 kat atas sofa! dan yang tak best plak...aku tbe2 allergic..sebab habuk daripada kucing dan carpet kat rumah2 yang aku pergi beraya. nasib baik ubat selesema ada handbag...dapat lah legakan sikit sakit tuh. balik, malam tuh terus ajak ayah n ummi pergi poliklinik. dan ni plak paling tak best!!! aku kena inject lagi!!!!!

5 syawal,
kami beraya ke putrajaya dan kajang. balik raya daripada kajang, pelita keluar dengan kakak, abang ipar dan sepupu pelita pergi lepak2 kat dataran putrajaya, jambatan sembilu kasih, dan kedai mamak sebab pelita dah lama tak makan roti canai...hai maklumlah, kat puncak alam tader roti canai..kesiankan???

6 syawal,
on the way balik ke muar, ummi dan ayah singgah beraya ke rumah besan mereka di N9. hudangan seperti selalu dan itu merupakan kegemaran pelita adik-beradik..ikan keli!!!! yesseeee!!!!

itulah diary aidilfitri untuk sampai hari ni. insya Allah, ader mase pelita akan update lagi..itupun kalau pelita rajinlah kan....hahahah

dikesempatan di bulan ini, pelita ingin memohon ampun dan maaf kepada semua atas semua kesilapan pelita yang sengaja atau tidak sengaja dan tanpa pelita sedari, telah menyinggung perasaan kawan2...hai maklumlah...pelita ni suka bergurau!

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"

Monday, September 6, 2010

muar oh muar....raya 0h raya!

dear blog,

malam yang ke 28 ramadhan. aku telah berada di Muar sambutan Aidilfitri pada tahun ini. tahun ini aku pulang beraya lebih awal daripada semester lalu. sebab last semester, aku menjejakkan kaki ke Muar untuk raya pada malam 29 Ramadhan! hahahah... nak buat camner kan?? sudah arahan universiti!

well, since aku balik awal, so memg banyak benda yang aku kena settle kan lah. tapi nasib baik ader sesetengah kejra sudah settle pada cuti nuzul Quran ari tu. tapi still banyak yer! sampai ke hari ini, Alhamdulillah, bab2 mengemas rumah cam pasang langsir sudah siap! yessss! so tinggal nak buat kuih sikit and kek jer. ummi kata tahun ni wat simple je kek tuh...yang paling best ummi nak buat KEK BATIK!!!! that's my favourite! eh2...kejap. ye2 jer ummi yang nak buat? silap2 die pas baton kat aku plak yang kena buat kek itu! hahaha.

pasal persiapan raya yang lain cam baju2....sudah settle. shopping2 raya sudah habis! semuanya sudah siap masa cuti nuzul Quran ari tuh. kami sekeluarga bershopping ke Melaka ahad lepas. tak cukup Ahad, sambung hari isnin! hahaha...itulah keje gler kami adik-beradik...aku dan kakak aku. adik aku tak, sebab dia sekolah. yang mak aku plak..layankanlah!!!!

well, untuk raya tahun ni, kakak aku untuk kali pertamanya beraya di rumah mertua sebab baru tahun abang iparku yang tunggal tu...( buat masa ni je lah) tahun ni giliran dia bercuti untuk raya sebab tahun lepas dia tak dpt cuti raya! untuk aku dan keluarga, semuanya berjalan seperti selalu. cuma tahun ni baru aku mula boleh adapt dengan suasana menyambut aidilfitri dalam suasana yang baru sebab ni sudah tahu kedua aku beraya di rumah baru dan tahun kedua beraya tanpa kakak ku yang sorang tuh...people change as time pass by, as well as the environment rite?? apa yang penting, kita ENJOY!!!!!

untuk aku pula, like i mentioned just now, aku sudah mula adapt dengan suasana baru ni. cuma yang aku lakukan sekarang ialah, untuk kekalkan mood raya ini dengan penih kegembiraan dan yang penting, aku nak spend more quality time together with my family! especially with my parents! tapi aku akan cuba jugak untuk sentuh assignment yang berlamabak yang perlu dibuat dan perlu difikirkan!!!!

well, that's all for tonight!
bye2!

Tuesday, August 24, 2010

dear blog,

sudah agak lama aku menyepi. sudah agak lama aku meninggalkanmu wahai blog! bukan sebab aku lupa, tapi sangat2 busy dengan test dan assignment yang perlu di submit sebelum raya ni. dan minggu2 sebelum cuti raya ni adalah minggu2 yang sgt2 berat dan aku rasakan begitu lambat masa berlalu.

agak2 korang ingat lagi tak tentang satu post aku setahun yang lalu yang aku? post tu tentang Assignment Killer yang di beri oleh seorang pensyarah. dan untuk pengetahuan korang, SEJARAH TELAH BERULANG KEMBALI! ini kerana untuk semester ini pensyarah itu telah kembali mengajar kami untuk subjek..... aderlah! kena kasi sensor sikit! tapi semester ini makin KILLER plak cara dia!

seperti biasa dia memg suka bagi assginment sekali dengan presentation. masa yang diber dalam tempoh seminggu! masalah yang hadir di sini ialah, tempoh selama seminggu pun tak mencukupi! sebab kami tak dapat cari sumber yang sahih dan tepat untuk pembentangan itu! sebabnya lecturer itu sendiri TAK BAGI TUNJUK AJAR YANG SECUKUPNYA! lepas tu bila kami datang nak tanya siap KENA MARAH! she said that, " awk carilah sendiri. sy bg assignment ni nak suruh awk study dan fahamkan." lebih kurang begitulah ayat yang aku dengar daripada mulut rakan sekelasku yang telah merasa AURA BENGANG bila pegi jumpa dia!

untuk group aku pulak, kami terlepas dan terselemat merasa aura itu sebab kami jumpa dengan lecturer lain sebab masa tu pensyarah 'junior' ni tak ade. lecturer yang kami pergi jumpa ni pulak merupakan senior lecturer yang sangat2 berpengalaman! nak tahu apa yang terjadi masa kami jumpa senior lecturer ni dan tanya pasal soalan assignment ni?

  1. sy tak faham soalan ini. ( lepas tu duk jugak sibuk berfikir tentang apa yang sebenarnya di mahukan daripada lecturer 'junior' itu!
  2. ini salah soalan ini. ( huh????)
  3. sepatutnya tak boleh bagi tempoh seminggu. mana cukup. sy pun bagi kamu assignment awal. patutnya kenalah bagi awal. ( betul2...sy sokong!)
  4. soalan ini bukan standard level kamu. ( tu lah pasal. sebab ader certain part dalam soalan itu yang kami tak belajar lagi pun!)
  5. perkara yang buat aku dan ahli kumpulan sgt2 terharu, senior lecturer tu sanggup tolong carikan bahan dan susah2 terangkan apa yang perlu kami lakukan dan siap tolong bagi idea. dan idea itu kami telah gunakan untuk assginment kami! THANK YOU SO MUCH, SIR!
then tibalah hari presentation. 13 group dalam tempoh 2 jam setengah? hahaha...lawakkan kan. memg takkan habis! maner taknya, nak dengar junior lecturer tu komen dan membebel lagi, dah buat satu presentation tu makan masa dalam 30-45 minit! last2 dia yang tak tahan dan presentation di sambung pada hari esoknya!

pada keesokkan harinya plak, dia marah lagi! sebab apa yang kami buat tak betul dan salah! TIDAK MENJAWAB SOALAN! hello, madam! tak bolehlah nak salahkan kami sepenuhnya! kami tak faham soalan dan TAKUT NAK JUMPA MADAM! salah kami ke? KALAU JUMPA PUN BUKAN MADAM NAK AJAR KAN???? daripada kalau jumpa terasa menyakitkan hati dan tambahkan tension, baik tak payah jumpa! and one more thing ya madam! WE ARE TRYING OUR BEST AND IT IS BASED ON OUR UNDERSTANDING! NOT A GUIDANCE FROM U! salah kami kah itu??????

wahai si junior lecturer,
u expect something fast and perfect from us! tapi kami tak diberi masa yang secukupnya! and you know what? U R SO SELFISH!!!!! U nak kami consider pasal you, tapi you tak pernah nak consider perasaan kami! this is UNFAIR! lecturer lain sume okey, tapi bukan dengan you! i repeat again, LECTURER LAIN SUME OKEY, TAPI BUKAN DENGAN YOU! you pandang rendah pada kami, tolak ketepi perasaan kami. and u always think that yang YOU SAJA YANG BETUL, dan semua kesalahan diatas bahu kami!!!!!

you bengang atas benda yang sebernarnya sebahagian daripada silap you sendiri! bahagian kami memg kami akui lah. lepas tu you memg langsung tak appreciate apa yang kami buat!!!! YOU TAK APPRECIATE LANGSUNG!!!! kalau kami tak pentingkan assginment you, KAMI TAKKAN BUAT DAN BUAT BODOH JER SEBAB KAMI TAK PAHAM! TAPI KAMI STILL BUAT DENGAN BANTUAN LECTURER LAIN DAN SUMBER2 LAIN!!!! itu kata tak ambil berat???? YOU CAKAP IKUT SEDAP MULUT JER KAN???


Saturday, August 14, 2010

sorry ummi!!!

dear blog,

malam ni aku nak cerita perihal aku sebagai anak plak. cerita anak dan ibu! semalam kan aku kena food poisoning! sakit yer sangat2! itu adalah kali kedua aku kena, sebab first time aku kena masa aku umur 6 tahun, dan ini adalah kali kedua! selepas 13 tahun yer berlalu baru aku kena balik!

aku back to story ibu dengan anak. my beloved mum, ummi a.k.a Puan Siti Afifah, called me just now. actually dia telah call aku dalam pukul 8 lebih, tapi aku tader sebab pergi terawih...takkan nak bwk hp kan?? so balik, aku nampak ader miscall, so aku call lah. then, she answered my call.

" semalam kena food poisoning? "

" haah..tapi dah okeylah. "

" pegi klinik kat kolej ke? "

" iye...pastu kena inject "

" TAK BAGITAHU PUN? "

" ........ " sorry mummy, actually i forgot to tell you!

finally, i told her that, " org nak bagi tahu mase adik call, nak cakap dengan ummi. tapi tak sempat. sebab masa tuh kat sana tgh nak bukak puasa. "

sorry sangat2 ummi!!!! bukan kakdik sengaja lupa, tapi kakdik memg lupa sgt2. kakdik dah ingat nak bagi tahu, tapi kakdik lupa. kakdik taknak ummi risau! kakdik bukan nak ketepikan ummi, kakdik mintak maaf banyak2 sebab ummi tahu daripada org lain, bukan daripada kakdik sendiri....kakdik mintak maaf sangat2 sebab cam buat ummi terasa hati sebab kakdik tak bgtahu yang kakdik sakit!!!!!

ummi,

KAKDIK MINTAK MAAF!!!!!!!!!!!!!!!!


Wednesday, August 11, 2010

kisah si COHORT POYO!

well entry kali ini aku nak bercerita plak tentang si cohort poyo tahap tak ingat ni! hahahah....nak bagi tahu yer..pasal SI COHORT POYO!

cerita bermula pada semester ini di mana tampuk kepimpinan EHSAN (Environmental Health Student Association) yang secara rasminya telah diambil alih oleh pengerusi baru yang merupakan degree part 3. mula2 tu rasa cam okey jerlah. cam kawan baik aku dok kata, dia ni nampak cam mature, ade ciri2 kepimpinan! so aku pun setuju je lah dengan kata kwn aku...aku setuju secara logik yer! bukan sebab org suke aku pun kena ikut suke! aku ni bukanlah lalang, yang ke kiri, ke kanan mengikut arah tiupan angin!

seterusnya kita masuk pula cerita di mana kepoyoan si pengerusi dan cohortnya terserlah! ianya bermula masa majlis orientasi budak2 junior. apa yang aku perasan lah kan, masa persembahan untuk buat cheers, tiba2 dieorg just panggil budak2 cohort dieorg je nak buat persembahan! tak panggil pun senior2 diploma part 3 yang terlibat untuk buat cheers tu. aku ingat cheers tu cheers cohort dieorang, tapi alahai....takat cheers biase2 jer! benda yang sume orang tahu! dan satu lagi perkara yang aku perasan, untuk persembahan montaj, gambar2 dieorg jer yang lebih! pastu bila montaj yang kedua tentang aktiviti EHSAN...pun gambar dieorang gak yang lebih! POYO kan?????

cerita yang kedua muncul masa aktiviti campaign pasal AEDES! aku tak join...sebab cam malas sgt2 nak pergi. sebab cohort poyo tu yang conduct! aku memg dah lama lah agak anti dengan mereka2 ni sejak sem 1 lagi lah...kenapa??? ntahlah....dieorang tu kalau apa2 event memang jarang nak nampak muke! buat hal sendiri! iyelah....budak2 DEGREE lah kan....bijak2 belaka! TAK ADE CLASS lah nak campur dengan kami ni! okey, berbalik pada campaign AEDES, boleh tak hujung2 acara dieorang just thank pada cohort2 dieorang dan junior....tapi cohort kami yang DIP PART 3 cam ner plak??? korang tak nampak ke or memg buat2 tak nampak????? see.... POYO kan nasib baik lah aku tak turun...kalau pegi pun buat bakar darah je!!!!!!

cerita yang ketiga. pasal baju2 rasmi EHSAN. yang pertama: mereka nak tukar design baju koprat EHSAN. dah tanya pensyarah dan persetujuan, baru nak inform kat ahli2 EHSAN yang lain! HELL!!!!! bukannya lecturer yang nak pakai! tapi kami ni, si AHLI-AHLI EHSAN! and the best part mengapa mereka nak tukar baju? sebab susah nak jaga baju warna putih ni! lak??? pergh...memg cam budak2 betul lah korang nih! kalau budak yang masih berhingus, boleh lah diterima semua itu, tapi ni dah belajar sampai tahap UNIVERSITI! itu pun nak jd isu! hahahah...memg sengal lah korang ni!!!!

cerita yang seterusnya, berlaku pada hari ini. EHSAN nak buat JACKET pulak. ala2 gaya budak2 M.I...soalan yang pertama: perlu ke JACKET itu?? baju yang ader ni pun tak terbeli dan tak terpakai! owh ke aku lupa yang cohort2 korang memg anak2 org kaya2?????? yang boleh nak beli dan tukar baju sesuka hati....kan2? ntahlah...malas nak pikir..sebab kalau pikir pun buat BAKAR DARAH jer!

okey...berbalik pada EHSAN! banyak sangat perubahan drastik yang korang nak lakukan... tak terfikir kle macam tu...memg betul lah ko kata perubahan itu perlu ( aku tak ingt cam ner ayat tu...tapi lebih kurang gitiu lah maksid ko kan!) tapi perubahan korang nak buat ni terlalu drastik! lepas tu semuanya diperbincangkan dalam cohort2 korang yang POYO tu! tanpa persetujuan dan pandangan ahli-ahli lain EHSAN! lepas tu, semua yang korang buat tu cam untuk kepentingan korang yang tersendiri sebab korang dah bincang2, then korang terus jer mintak persetujuan pensyarah, then baru nak bgtahu kami...this is UNFAIR!

tolong yer kepada semua pemimpin2 EHSAN yang hebat2 belaka, mana perginya peranan EHSAN dalam menyatukan ENVIRONMENTAL HEALTH (diploma) & ENVIRONMENTAL HEALTH & SAFETY (degree)? rasanya EHSAN sudah lagi tidak berperanan seperti itu!

so sekian saja lah coretan aku pada petang ini utk si COHORT POYO!

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa!

adakalanya Allah turunkan hujan, ribut dan petir, kita akan tercari-cari kemanakah matahari..rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.

Allah duga kita pula dengan PUASA, berlaparlah kita..rupa-rupanya Allah hadiahkan kita PAHALA dan MALAM 1000 BULAN, penuh KEBERKATAN.

selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa!

Friday, July 30, 2010

~happy birthday!~

happy birthday, to you!
happy birthday to you!
happy birthday to eida!
happy birthday to you!

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan di perkuatkan iman.
semoga berjaya dapat apa yang dihajati.
semoga Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri ini.
semoga sentiasa dilindungi Allah.
semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
semoga menjadi lebih baik.


Saturday, July 17, 2010

' i'm putting my heart back together '

well, never saw it coming,
i should have started running long long time ago
i never thought doubt you, i'm better without you
more then you, more than you know

so did my eyes so i could see that
you never the best for me

finally i'm getting better
and now picking up the pieces
and i'm putting my heart back together!
dear blog,
kat atas tu petikan lagu " over you " by daughtry. one of the best songs yang aku sangat2 minat dari zaman sekolah. one of the best songs yang buat aku mula fikir semula tentang semua perasaan yang aku pernah ada untuk ' dia '.

semuanya aku lakukan dengan satu matlamat! supaya aku mampu keluar daripada perasaan yang indah tetapi sebenarnya ia membunuh aku! supaya aku mampu keluar daripada kepompong agar aku boleh memberi peluang kepada diri aku sendiri dan insan lain untuk get along in a relationship. dan supaya aku tak lagi hidup dengan harapan dan khayalan!

semuanya dah berlalu. kini aku semakin dewasa. mungkin macam ummi selalu kata yang aku sudah mula perlu mencari seseorang yang istimewa. tapi sayangnya aku masih belum bertemu dengan insan yang istimewa itu! belum samapi jodoh lg....tapi tak salah kan kalau kita sekadar berusaha untuk mencari jodoh kita. so, untuk ummi jugak, jgn lupa doakan yang terbaik untuk anakmu ini!

Wednesday, July 14, 2010

~hidup~

kenapa DIA datangkan seseorang dalam hidup kita?
lalu kemudian DIA hadirkan perasaan yang indah dalam diri kita
seterusnya buat kita merasa bahagia
akhirnya, semuanya sebagai satu persinggahan!
satu PENDUSTAAN!

kenapa perlu hadir rasa CINTA?
jika yang hadir hanya sekadar persinggahan
jika hadirnya sebagai penghibur sementara
jika hadirnya sekadar menemani hari yang sepi
bagaimana pula yang hadirnya sebagai satu dusta?
mempermainkan hati dan perasaan
mempersendakan cinta ikhlas dan tulus
dan ada kalanya membutakan hati dan perasaan!

kenapa perlu ada rasa SEPI?
sedangkan kita punya DIA yang SATU
sedangkan kita punya keluarga dan sahabat handai
kita punya ruang untuk berhibur
namun ada kalanya rasa sepi itu tidak pernah terisi
walaupun sebaik mungkin kita cuba hiburkan hati yang sepi ini

itulah fitrah kehidupan
yang diatur oleh YANG SATU
bila tiba masanya kita akan sedar betapa bijaknya hidup in
kerana diatur oleh-Nya yang MAHA BIJAKSANA
kerana di sebalik ketabahan, akan ada kemanisan
kerana di sebalik kesakitan, akan ada penawarnya
dan di sebalik apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya!

Wednesday, July 7, 2010

~puncak alam, lecture, housemates, roomate~

dear blog,

well hari ini adalah hati PERTAMA CQ40 aku berjaya di sambungkan dengan internet! itu pun sesudah puas ku mengork sana dan sini untuk mendapatkan line internet ini...kepada sahabat2 ku yang lain2, insya Allah aku akan korek lappy korang utk dapatkan sambungan internet!

seperti yang aku mention dalam post yang lepas, pasal roomate baru, jawapannya: yer! aku dapat roomate baru! budak JUNIOR dan merupakan juga budak ASASI. well, dia okey, dan housemates2 lain pun okey! dieorang ni tak banyak kerenah, tak banyak hal sebab keje dieorang adalah study jer 24/7....hahahah.....

life aku dengan Ainnor, Matun, Ziha dan Ila cam selalu. tapi dah berubah sikit sebab kami dah tak serumah cam sem2 yang lalu. aku cuma berkesempatan berada serumah dengan Ainnor saje. Matun dengan Ziha serumah! tapi kami satu blok, satu aras! bersyukurlah!

well dear, that's all for today! bye!!!!!

Saturday, July 3, 2010

~semester 3~

dear blog,

today, Saturday 3rd of July adalah hari terakhir kat rumah. well, blog ni di update katika aku telah selamat menjejakkkan kaki di Putrajaya. dan esok pagi, 4th of July, aku akan berangkat pulang ke Puncak Alam, insya Allah untuk sambung pengajian seperti biasa.

by the way memang sangat2 rindu nak balik Puncak Alam sebab dah lama sangat duduk goyang kaki kat rumah, tapi tiba2 rasa macam busan plak bila fikir pasal kolej. insya Allah, kalau ader rezeki dapatlah kolej, tapi mungkin tak serumah dengan rakan2 serumah yang lame. dan kemungkinan untuk dapat roomate dan housemates baru sangat2 tebal! urgh!!!! cam ner tuh?

lecture, maybe berjalan seperti biasa. tapi semester ni aku bergelar SENIOR yer! bukan lg JUNIOR cam sem lepas...wakakaka...sangat2 busan. pastu kat kampus makin bertambah bilangan student sebab ader JUNIOR2 asasi...haila...makin sesak lah kafe nanti!

so mcm maner keadaan untuk semester ni, kena tunggu dan lihat sajalah! sebab akan banyak berubah....tapi aku harap perubahan itu bukan yang membusankan, tapi yang bakal menggembirakan diri ini!

that's all for tonight...;-)

Monday, June 28, 2010

untuk semua....buat insan2 tersayang

"dari sini ke bintang-bintang"

kita dewasa di sini
kita belajar berdiri
atas dua kaki sendiri

tapi kini kau ingin bulan
aku pula inginkan bintang
mampukah sanggupkah tempat ini
bersama kita tinggalkan

dari sini ke bintang-bintang
perjalanannya sungguh panjang
biar berat kaki melangkah pergi
genggamlah tanganku ini

pastikan terasa rindu
ada rakan yang dahulu
menghidupkan kau dan aku

ku simpankan semua kenangan
mereka yang paling ku sayang
mampukan mungkinkah kita kembali
bersama kegemilangan

ayah dan ibu berilah restu
carilah namaku
kan ku tuliskan di langit biru

Sunday, June 27, 2010

" Larikan diri!!!"

salam buat semua. seperti biasa masuk blog ni nak duk bercerita lah kan....hahahah... well, sebenarnya aku nak sambung cerita aku pasal post yang lepas nak aku janji nak sambung cerita kat korang. tapi this time aku cerita tentang Mr J tu lah ye.

untuk pengetahuan korang, aku dah tak contact lagi dgn dia. dengan erti kata lain ialah aku melarikan diri daripada dia.....hahahaa.... sebab aku rasa seram lah plak dengan cara dia. pastu makin lama, makin terserlah sifat dia yang sebenar. sifat yang macam mana? hurm...aku boleh cerita sikit2 je lah. boarlah semuanya rahsia.

semua ni bermula masa aku msg dgn dia ari tuh. dan msg tuh adelah kali terakhir aku msg dgn dia. sebab macam yang aku kata tadi lah. aku mula rasa seram dan tak selesa dengan cara dia. dan itulah msg terakhir aku dengan dia sebelum dia berangkat ke Medan.....hahahaha....

sebenarnya aku mula rasa sangsi dgn dia. so, aku ambil keputusan yang terbaik demi keselanatan diri aku sendiri untuk jauhi dia. bukan sekadar dia tetapi tetapi semua jenis lelaki dan golongan2 seperi dia dan mereka. ...

Wednesday, June 16, 2010

aku happy....korang???

okey... petang ni sgt2 indah..sebab tak panas! tapi aku still terperuk kat umah bersama2 compaq presario CQ40 kesayangan ni....(tak lah sayang sgt pun....tapi sebab ayah susah2 beli mahal2...tu yang sayang!) seriously, sebenarnya aku mati akal tak tahu nak buat ape...so just go online and chatting kat chat rooom...

tapi sebenarnya bukan tuh yang aku nak bagi tahu kat mereka, aku cuma nak beritahu yang aku sgt2 happy ader kat Muar ni....( ek? abis tu sebelum ni ko tak happy ke muar ni?? ish! penyibuk! aku happy lah! tapi la ni lain sikit!!! happy yang maksud lain!!!! diam lah!) aku sangat2 happy dan tenang dalam keadaan aku sekarang ni....sebab cuti ni aku dok umah jer...tak merayap cam selalu sebab selalu aku merayap tiap2 hari....ader jer tempat yang aku nak gi...samapi tak cukup kaki nak berjalan!

tapi sekarang ni, aku lebih memilih nak duduk kat umah...aderlah beberapa sebab aku tak keluar....antaranya, aku tak mahu terserempak dan terjumpa 'dia' kat mane2 kat muar ni!...( iyeke??? iyelah, penyibuk!!!! bukan ko happy ke jumpa dia?? tak! tu dulu! aku tamau mengalah....tapi ko selalu ingat kat dia kan??? hey, penyibvuk!!!! ingat kat dia is not a crime....diamlah!!!!!!)

so sekarang ni boleh lah aku nak kata yang aku sgt2 happy dengan emosi aku sekarang! aku nak cari org yang betul ada utk aku! yang diciptakan untuk aku....semoga aku berjumpa dengan die....semoga jalan itu dipermudahkan oleh-Nya......

Monday, June 7, 2010

JAJA & DIN vs EIDA & 'dia'

salam semua!!! setelah agak lama menyepi, hari ini aku kembali semula ke alam blogging ni. hai maklumlah orang busy cam aku ni...ingat kat kampus je busy dgn assignment and study, tapi balik umah pun still busy yang teramat sangat! ( yelah tu eida sibuk! padahal asyik on9 dgn facebook je...).

well, kali entry aku untuk novel yang korang tengok kat sebelah ni. tajuk dia ' JAJA & DIN '. cerita ni sangat2 cute dan comel....in addition, banyak sangat content yang baik untuk menjadi seorang suami dan isteri yang mithali!

aku cerita sikitlah kat korang apa yang sweet dan comel tentang cerita ni...kisah seorang media planner yang 'gila-gila' iaitu JAJA, jatuh cinta dengan seorang ustaz lulusan University al-Azhar, DIN! jgn cakap yang JAJA tak laku, tapi DIN tu ialah cinta pandang pertama JAJA tau....hahahaha...itulah yang sgt sweet dan comel! pasal content yang baik boleh dapat sepanjang cerita selepas JAJA & DIN ni kahwin!

aku dapat tahu cerita ni daripada one of my BFF, Jannah Mohamed. special thanks to her sebab syorkan aku bace novel ni. sebab dia kata novel ni banyak pengajaran untuk aku! ye Che Jannah! sangat2 banyak!

nak tahu sebab Che Jannah kata cam tuh kat aku? sebab jalan cerita chenta JAJA pada DIN lebih kurang sama cam jalan cerita chenta aku dengan 'dia' (chenta? cam pelik jer...aku tak pernah pun berchenta dengan 'dia' seperti yang kawan2 baca dalam post aku yang lalu lah). lebih kurang sama sebab, JAJA jatuh chenta kat DIN masa 1st time dia tgk gambar DIN yang diambil oleh kawan sekerja JAJA secara tidak sengaja! tapi EIDA jatuh chenta kat 'dia' masa ...hurm tak tahulah kali ke berapa masa tuh aku tgk barulah aku suka kat 'dia'....( ek? eida biar benar? ko jatuh chenta ke mula suka? hahahah...ntahlah! mana2 yang senang kawan2 nak faham ye!)

pengajaran yang Che Jannah nak aku tahu dalam novel ni (ye2 je jannah nak? padahal dia suruh baca jer....tapi dia BFF aku...aku tahu lah!), kalau aku sayang kat dia, aku kena berjuang untuk dapatkan 'dia'...cam yang JAJA buat kat DIN....kena usaha bukan tengok je! tengok cam JAJA tu, dia berusaha untuk dapatkan DIN! tapi EIDA? apa EIDA buat untuk dapatkan 'dia'? hahaha...gelakkan diri sendiri! EIDA tak buat apa2 pun untuk cuba dapatkan 'dia'! (sebab chenta bukan 1st priority dalam hidup aku! sebab tuh lah aku tak kesah pun! dan aku ni sebenarnya pemalu! bukan cam JAJA yang candi...candi=selamber kalau kawan2 tak tahu maksudnya!)

okeh2...tadi dah cerita apa yang sama tentang kisah chenta JAJA dengan kisah chenta EIDA (tersasul lagi cakap chenta! aku tak pernah berchenta! aduh...penatlah...nanti kawan2 paham sendiri lah ye...). perbezaan pertama: JAJA tunggu DIN dalam satahun dua je, tapi EIDA tunggu 'dia'...samapi hujung tahun lepas dah ada lah kot dalam 6 tahun! lama tuh! (itu secara kasar lah! tak sangka aku ada ciri2 kekasih yang setia...sampai hujung tahun lepas je??? tahun ni tak masuk ke?? ye! tahun ni tak masuk! sebab...hurm ntahlah!). sebab kedua: JAJA dapat chenta dia....JAJA dah dapat DIN! sebab JAJA berani...tak macam EIDA yang tak confident langsung nih....( cis, aku bukan tak confident! aku pemalu! berapa kali nak cakap!...ek...masuk ni baru 2 kali kot aku cakap...hahaha). sebab ketiga: 'dia' bukan macam DIN! JAJA ada sebab yang kuat nak pinang DIN! sebab JAJA boleh kongsi ilmu DIN. tapi 'dia'...??? aku bukan nak kata yang 'dia' tuh tak beragama! 'dia' pun baik! ada agama! tapi tak macam DIN! (sebab nanti kalau aku pinang 'dia' sebab apa?? sebab chenta?? ish2). sebab yang keempat: kisah chenta JAJA & DIN adalah sebuah cerita novel! sebuah khayalan dan fantasy! tapi kisah chenta EIDA dengan 'dia' adalah sesuatu yang EIDA lalui di alam reality! reality kehidupan yang sebenar!


mungkin chenta EIDA & 'dia' dulu tuh bukan chenta kot...sebab masa tuh aku muda sangat2...budak2 lagi! form 1 lagi kot masa tuh! hahahaha.....kalau tanya cam mana perasaan EIDA waktu 1st time nampak 'dia'? aku jawab: entahlah! dah tak ingat...malas nak rewind! benda dah lepas, tak payah nak kenang sebab EIDA pun taknak nak kenang2 lagi! (eida memang malas pun yang sebenarnya! ish2 teruknya!)


wokeh! cukuplah sampai disini tentang post aku kali ni...opssss sebelum aku letak noktah yang terakhir dalam post ni, aku ada pesanan sikit untuk Che Jannah! :

babe, by reading this novel, mungkin kau akan tahu sedikit sebanyak tentang perasaan yang pernah aku milikki dalam dia tanpa 'dia' ketahui macam perasaan JAJA milikki sebelum dia memilikki DIN! aku tak punya peluang macam JAJA!

and babe, aku rasa ko cuba transfer idea gila JAJA pada EIDA kan2??? hahahahah.....:-)


okeylah aku nak stop kat sini! dah penat nak cerita...dan tak tahu nak cerita ape lagi pun. bubye!!!!opps, aku lupa nak letak full stop yang terakhir! full stop.

Friday, May 21, 2010

ikan oh ikan

jumaat ni jumaat yang kedua aku selepas cuti sem ni. seperti jumaat lepas, hari ni aku jual ikan. hehehe....seronok lah wat keje ni. aku happy jer masa mak ni tanya ko nak tak tolong pakcik jual ikan....aku pun kate ok jer..

jadual hari jumaat bila pergi jual ikan kat pasa tani sg. abong:
  • 6.15 pagi: bangun, solat subuh, alas perut sikit!
  • 6.40 pagi: pergi pasar tani, tempat jual ikan. dengan motor fame yang tak boleh nak bawak laju2...adoyai!
  • 6.50 pagi: tibalah di tapak pasar tani...memulakan tugasan jual ikan. tolong pak ngah!
  • 9.00 pagi: dah tak berapa nak ramai org...makan sikit....hehehehe
  • 9.30 pagi: kemas2....balik umah makni...cuci2 barang yang guna masa jual ikan...
  • 10.oo pagi: sarapan yang real lah sikit! nasi lemak dengan ayam masak rendang...
  • 10.30 pagi: balik umah!!!!!!
  • 12.oo tgh hari: tido!!!!!!!!

well, this friday is better than last friday, coz dah tak wat salah cam last week. semakin berkeyakinan. mula belajar nak timbang2 sebab sebelum ni pak ngah yang wat sume tu....aku cume tahu bungkus and jadik casher je....hehehehehehe.....

Thursday, May 20, 2010

~yang terindah~

semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan
kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku rasa indah
maafkan jikaku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disaluti dengan kejujuran
mencintai dirimu
merindui dirimu
memilikki dirimu
hingga akhir hayat bersama kamu
kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga ku rasa indah
kau yang bernama cinta
hingga aku rasa indah.....

Friday, May 14, 2010

cita-cita VS cinta

"jika kamu mengejar cinta, kamu akan kehilangan cita-cita. tetapi jika kamu mengejar cita-cita, kamu akan mendapat cinta"

~fakers~

memang post kali ini aku nak cter pasal "FAKERS" yang aku mention
dalam post yang lalu. ntahlah....kerana mangkuk2 ayun ni, buat aku rase
macam errrr...malas gler...sebab sakit hati bile ingat kat dieorang nie...

selama nie aku hanya bersabar je lah kan duduk satu group dengan
korang. sabar sebab keje korang yang tak seberapa tuh. bukan
nak kata keje aku bagus sgt, tapi at least aku better daripada korang kan?
tapi memang aku rasa korang pun patut bersyukur lah, sebab aku pun jenis yang diam.
kalau aku ni jenis yang panas baran....memang korang dah lame kena sound baik nyer..
tapi tulah, aku malas nak panjang2 cter....sendiri dah besar,
so paham2 sendiri lah yer?

korang join group aku, aku terima dengan hati yang terbuka
kedatangan korang ke dalam group aku.
malas nak berkira, tu style aku dalam buat keje....
kalau aku yang perempuan boleh bertolak ansur
kenapa tak korang?
kenapa mesti nak berbalah nak buat discussion kat maner?
susah sgt ke nak pergi discussion?
hurm...kalau takat nak gado2,
tak payah turun discussion pun tak pe...
aman coz tak payah nak gado2.....aku nak menjaga keharmonian je.

well, aku bukan nak menafikan kerja dan sumbangan korang dalam group.
tapi boleh lah, dan terima kasih atas sumbangan korang tu...
yelah tolong ukur sample....
tolong buang bahan kimia....
tolong taipkan procedure....
terima kasih bebanyak lah kan....sebab biler sampai kat tgn aku dan
kawan2 aku, kiterorang kena edit balik...bukan sikit,
kadang2 rasa macam buat semula.....
sekali lagi terima kasih.......;-)
jasamu dikenang!!!!!!!

tapi biler sumenya berakhir, korang buat aku macam sampah kan??
sebelum ni depan aku baik jelah kan?
belakang? ntah2 dah berbakul-bakul korang sumpah aku....
biler korang buat aku macam sampah,
aku pun akan pandang korang macam SAMPAH
sampah yang dah TAK BOLEH RECYCLE, REUSE lagi.....
hahahahaha
adilkan???????

by the way, nak ucap tahniah kat korang
sebab berjaya sakitkan hati aku....
buat aku menangis!
tahniah sgt2....
dan balasannya......
aku TAK HALAL segala-galanya utk korang......
adil kan????????

pesanan untuk FAKERS:
well, whenever aku baca post nie,
aku akan sentiasa ingat air mata dan rasa sakit yang
korang hadiahkan untuk aku.
sekali aku marah, selama-lamanya aku
akan marah....
sekali aku terluka,
selama-lamanya aku akan terus terluka.
sekali hati aku sakit,
selama-lamanya hati ini akan sakit....

Wednesday, May 12, 2010

kegiatan harianku....

dekat seminggu aku berada di mou terchenta
tak banyak yang aku buat lah kat sini...
coz..ntah lah....tatau npe....cam malas..
tadelah yang sebenarnya aku nak relax2 dulu...
biaselah cuti 2 bulan kowt
tak payahlah nak rushing2....

semalam aku kuar,
d klinik jumpa dentist pasal gigi aku ni
selalu je sakit....hurm....
aku ingat berlubang ke, tapi....
doktor kata okey je dik...
last2 doktor buat lah rawatan lain
since aku kata aku saket gigi....

pastu g econsave, beli barang jap dengan my mum...
hehehehe..aku beli skirt..lalalala
tak sabar nak pakai tapi malu...
coz nampak cam girly sgt2....
tapi biler pikir2 balik......
umor dah meningkat, so
dah boleh lah tu berubah sikit penampilan tuh....

last sekali kiterorang g singgah sg. abong....
tgh dok syok2 mkn rojak...
mamt yang aku admire( yang terbaru yer...bkn yang dah basi tuh)
tibe2 lalu...masih seperti dulu yer die...cume aku rasa
rambut die dah panjang lagi....
tapi apapun die masih cute cam dulu2.....
masih cute seperti 1st time aku jumpa setahun yang lalu
masih cute seperti yang aku jumpa kali terakhir sebelum aku
ke p.alam dulu....
hurm~

Saturday, May 8, 2010

~tamat sem 2~

well, dalam diam aku telah menamatkan sem 2 aku di uitm.
tapi sekarang tgh berdebar tunggu result final cam ner pulak.
tapi insya Allah, semuanya akan okey.
doa+usaha+ tawakal.....semoga Allah makbulkan segalanya.

tamat semester 2 bermakna tamat tahun pertama aku kat sini.
tinggal lagi setahun untuk belajar then pergi buat praktikal, insya Allah.
semoga dipermudahkan untuk yang akan datang.

nak revise semula apa yang terjadi sepanjang sem ni.
semua kawan2 macam biasa.
yang jauh mula rapat
dan yang rapat pulak mula menjauh....ntahlah
dan ada yang terbongkar.....
pasal tentang ex-roomate aku lah...hurm...
tak payahlah bagitau name dier....
seriously, dia memang pelakon yang handal dan pengarah
yang sangat2 hebat.
buat cerita+mengarah+berlakon....
sampai setahun kami kena tipu dengan die...
tapi part pasal nak tipu tentang siapa diri die yang sebenar aku tak kisah langsung...
tak jadik kudis pun sebab
aku tak pernah ambil pusing tentang apa yang dia cakap pown....
tapi yang paling teruk dia tipu kami sekelas termasuk denga pensyarah
tentang musibah yang berlaku pada family die....
ya Allah, kali pertama aku jumpa org macam ni...betul2 jadi depan mata....
berbalik pasal musibah,
die bagitahu semua orang yang family die accident teruk....sampai coma...
terukkan tipu orang macam tu?
bukan ke kata-kata tu satu doa....so die macam mendoakan perkara
yang buruk2 berlaku pada family die....ish2
dan bila semua rahsia terbongkar, dia menghilangkan diri!
tamat di sini cerita tentang ex-roomate aku tuh....

pastu ade peristiwa lalu yang berulang semasa aku di puncak alam ni.
"FAKER" friends...opps....kawan ke??
tak! mereka tu tak layak di gelar kawan....dan aku tak nak kawan dengan org macam tu...
hahahaha...ntahlah.
actually aku bukan mintak dieorang ape2, tapi dieorg yang janji macam2....
janji manismu....aku takkan terpedaya....
tapi yang aku mintak hanya sekadar cukuplah kalau korang
appreciate apa yang aku buat utk korang!
tapi sayang korang cuma dtg
coz nak something...bila semua selesai
korang buat perangai!
then tunjuk belang sebenar....
cukuplah kali ni je aku tertipu.....takkan lagi untuk masa yang akan datang
FULL STOP!!!!!!!

tu je lah yang aku tahu yang terjadi sepanjang aku kat sini
esp utk sem 2 nie lah....
thanx for the memories........

Wednesday, May 5, 2010

~dilemma cinta~

seberapa salahkah diriku
hingga kau sakiti aku
begitu menusukku
inikah caramu membalas
aku yang selalu ada
saat kau terluka
seberapa hinanya diriku
sehingga kau ludahi semua
yang ku beri untukmu
tak ada satu pun perasaan
yang mampu membuatku begitu terluka

namunku terlanjur mencintai dirimu
terlambat bagiku pergi darimu
bagiku terlalu indah perasaan itu
tak mudah untukku menjauh darimu

telah ku cuba pelbagai cara untuk bahagiakan dirimu
merebut hatimu
namun tak semudah yang aku bayangkan
bila kau tak inginkan ku terus disisimu

tak pernah ku rasai sebelumnya
menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
menyakini hatiku bahawa ku mampu berlalu

~perjuangan masih belum tamat~

walaupun dah hampir 2 tahun perjuangan ni
tapi masih belum selesai....
entah bila nak selesai pun aku tak tahu.
mungkin belum tiba masanya!

dan aku masih berjuang untuk mempertahankan keputusan aku.
seriously, sangat2 susah....
sangat2 payah...
aku perlu petunjuk,
supaya aku tahu di mana aku berdiri.
aku perlu petunjuk,
untuk tahu mana arah tujuanku.

dalam mempertahankan keputusan itu,
aku masih di dalam dilema.
sebab aku tak tahu macam mana nak akhiri
perjuangan ini.
kadang kala aku rasa rimas dan lemas...
kadang kala aku mengharapkan sesuatu yang indah
kadang kala aku akan mengalah
kadang kala aku akan berserah sepenuhnya pada takdir...

terima kasih sebab buat aku bahagia
terima kasih sebab buat aku kecewa
terima kasih sebab buat aku terluka
terima kasih sebab buat aku dilema
terima kasih untuk semuanya....
dan sekurang-kurangnya,
kau pernah bahagiakan aku
walaupun kau tak tahu.....