"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Saturday, October 29, 2011

"Berdua Bersatu"

Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu


Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah

Walaupun melawan arus

Kita berdua bersatu


Seringkaliku mendengar

Patah tumbuh hilang berganti

Tetapiku tidak mahu

Cinta selain darimu


Jika denganmu salah

Kutak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah kutercalar

Walau dilanda badai

Kusanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


Jika denganmu kabur

Kutak mahu yang jelas

Jika denganmu hanyut

Biarlah aku lemas

Walau dilanda ribut

Kusanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu

Tuesday, October 18, 2011

pergilah sepi

selamat hari lahir yang ke 24
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dan semoga kebahagiaan itu selalu menjadi milik awk selamanya..

10 oktober 2011 genaplah hari lahir 'dia' yang ke 24 untuk tahun ini. alhamdulillah, sebab 'dia' masih dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumi ini. selamat hari lahir, awak.

Alhamdulillah!

syukur juga aku panjatkan terhadap-Nya kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini. syukur aku panjatkan kepada-Nya kerana memberi aku kekuatan dan ketabahan dalam meniti hidup yang semakin mencabar. sykur kepada-Nya aku masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan ku! Syukur Alhamdulillah!

"Peluang yang terbesar dimuka bumi ini ialah peluang untuk memperbaiki diri sendiri, dan sebab itulah selagi kita masih bernafas, maka selagi itulah kita masih punya peluang untuk memperbaiki diri kita!"

bersyukur setelah beberapa tahun aku mengambil masa untuk melepaskan 'dia' daripada kotak fikiran dan hati ini, alhamdulillah, aku berjaya merelakan 'dia' pergi dengan hati yang ikhlas. dan jujur aku katakan sekarang, memang adakalanya aku akan teringat kepada 'dia', tapi ingatan itu bukan seperti dulu, tapi ingatan yang akan ada ialah apa khabar 'dia' sekarang?

alhamdulillah, sepi dan rindu itu semakin pudar dan pergi jauh daripada kotak fikiran dan hati. kenapa? sebab aku mula merasai kebahagiaan yang sebenar walaupun tanpa ingatan yang mendalam tanpa 'dia'. aku mampu menjalani hidup ini tanpa bayangan 'dia'. aku tidak lagi mencari 'dia' walaupun ke kutub mana aku mengembara. selamat tinggal 'dia'!!

bahagia? bukan kerana aku telah berjumpa dengan seseorang yang boleh membahagiakan aku. tidak, cuma aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang yang dikelilingi oleh orang2 tersayang. mereka ialah keluara dan sahabat! dan sedikit demi sedikit aku mula belajar tentang hakikat kehidupan yang sebenar!

"aku tak perlukan seseorang insan yang bergelar kekasih untuk aku bahagia, namun bukan bermakna aku tak perlukan mereka langsung dalam hidup ini. cuma mungkin waktu itu belum tiba lagi!"

secara jujur sekali lagi, aku masih solo binti single yang dimana aku masih sendirian tanpa insan bergelar kekasih disisi. sendirian tanpa rasa sepi lagi seperti dulu.

untuk awak,
smg awk berbahagia, dan smg kebahagiaan itu menjadi milik aku jua suatu hari nanti.