"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Wednesday, November 30, 2011

Insya Allah !

"Aku dah nampak apa yang aku perlu nampak!
Well, I'll take it as 'petunjuk' from HIM...
Alhamdulillah, Thank you Allah"

dear blog,

sekali lagi aku dilanda rasa 'itu' pada beberapa minggu yang lalu. (chewahh!! macam dah lama sangat je bunyi tu. padahal tak adalah lama mana pun!) dan sekali lagi aku dihimpit rasa yang aku sendiri tak pasti what kind of feeling was it...yang pastinya, aku tahu yang aku cukup keliru dan aku benci dengan keadaan dan rasa tersebut!

aku jumpa dia. dia, aku rasa tak perlulah kot aku ceritakan siapa dia. cukuplah hanya aku sahaja yang tahu siapa dia. dengan dia aku bebas jadi diri aku. itu yang aku buat aku rasa senang bila dengan dia.

jujur lah aku katakan, siapa yang tak happy bila ada orang boleh buat kita ketawa, take care pasal kita, boleh bercakap dan berkongsi masalah dengan kita. siapa yang tak suka kan?? tapi, biasalah bila masuk bab hati dan perasaan tak ada siapa yang boleh ramal.

apa yang aku inginkan dalam seorang lelaki ada pada dia. he's a perfect to me! cuma kalau ada pun kekurangan, adatlah kan? sebab mana ada manusia yang sempurna dalam muka bumi ini yang termasuk jugak dengan diri aku..

dan bila kekeliruan itu berlaku, aku cuba menilai semula apa yang pernah terjadi antara kami. kemesraan kami, how close aku dengan dia, buat aku tertanya-tanya tentang perasaan aku pada dia...adakah yang kau rasa adalah perasaan yang lebih daripada seorang kawan? atau masih tidak lebih sebagai kawan? finally aku jadik tension bila fikir pasal hal ni...:)

dan setelah beberapa ketika berlalu, aku diperlihatkan tentang sesuatu yang buat aku terima itu sebagai ssatu petunjuk daripada-NYA yang bahawasanya, dia tidak lebih dpd seorang kawan kpd aku dan aku juga tidak perlukan dia lebih daripada seorang kawan! dan antara kami, hanya sebagai KAWAN sahaja!

"Penyelesaian : Jaga jarak pergaulan agar aku takkan tersasar lagi dan semoga persahabatan ini akan kekal untuk selamanya !! INSYA ALLAH !!"

Wednesday, November 23, 2011

apa yang aku inginkan tatkala ini

dear blog,

kenapa dengan mood aku lately macam selalu sangat berubah2? apa yang tak kena? haha...tolonglah, i hate this kind of feeling! sebab rasa2 macam ni boleh effect orang2 yang berada di sekeliling aku.

kadang kala aku perlukan tempat untuk aku berdiam seketika. berdiam untuk mencari ketenangan dan berfikir. tempat yang jauh daripada mereka semua supaya aku dapat berfikir! but, then aku sendiri tak tahu apa yang harus aku fikirkan sebab aku rasa terlalu banyak perkara yang bermain di dalam fikiran ini !

so, persoalannya disini...boleh tak aku ke tempat yang tenang itu untuk bersendirian buat seketika? tolonglah...beri saya peluang untuk bersendirian seketika! tolonglah! tolonglah! tolonglah!!

korang nak tahu tak kriteria yang aku inginkan untuk tempat yang tenang itu? aku wish aku boleh pergi ke pantai...tak kiralah pulau ke...tapi kalau boleh aku nak pergi Cherating sebab pantainya yang indah dan cantik. tenang sangat. dan apabila disana, aku mahu pergi bersendirian. melakukan segala jenis benda bersendirian sehingga aku rasa tenang dan bosan !! tapi the main point mestilah aku harus mencapai objective kedatangan aku ke sana...iaitu utuk menenangkan fikiran ini.

aku nak susuri pantai setiap hari. menyusuri pantai sambil meghirup udara segar setiap pagi hingga ke petang. then pulang ke chalet untuk rehat2 dan berfikir...mencari ketenangan untuk merungkai semua persoalan yang ada dalam fikiran ini dan seterusnya mencari jawapan untuk memperbaiki setiap masalah dan kekurangan yang ada.

so, tolonglah...ada siapa2 yang nak sponsor percutian idaman aku ini?? kalau ada sila angkat tangan!!

Saturday, October 29, 2011

"Berdua Bersatu"

Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu


Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah

Walaupun melawan arus

Kita berdua bersatu


Seringkaliku mendengar

Patah tumbuh hilang berganti

Tetapiku tidak mahu

Cinta selain darimu


Jika denganmu salah

Kutak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah kutercalar

Walau dilanda badai

Kusanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


Jika denganmu kabur

Kutak mahu yang jelas

Jika denganmu hanyut

Biarlah aku lemas

Walau dilanda ribut

Kusanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu

Tuesday, October 18, 2011

pergilah sepi

selamat hari lahir yang ke 24
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dan semoga kebahagiaan itu selalu menjadi milik awk selamanya..

10 oktober 2011 genaplah hari lahir 'dia' yang ke 24 untuk tahun ini. alhamdulillah, sebab 'dia' masih dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumi ini. selamat hari lahir, awak.

Alhamdulillah!

syukur juga aku panjatkan terhadap-Nya kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini. syukur aku panjatkan kepada-Nya kerana memberi aku kekuatan dan ketabahan dalam meniti hidup yang semakin mencabar. sykur kepada-Nya aku masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan ku! Syukur Alhamdulillah!

"Peluang yang terbesar dimuka bumi ini ialah peluang untuk memperbaiki diri sendiri, dan sebab itulah selagi kita masih bernafas, maka selagi itulah kita masih punya peluang untuk memperbaiki diri kita!"

bersyukur setelah beberapa tahun aku mengambil masa untuk melepaskan 'dia' daripada kotak fikiran dan hati ini, alhamdulillah, aku berjaya merelakan 'dia' pergi dengan hati yang ikhlas. dan jujur aku katakan sekarang, memang adakalanya aku akan teringat kepada 'dia', tapi ingatan itu bukan seperti dulu, tapi ingatan yang akan ada ialah apa khabar 'dia' sekarang?

alhamdulillah, sepi dan rindu itu semakin pudar dan pergi jauh daripada kotak fikiran dan hati. kenapa? sebab aku mula merasai kebahagiaan yang sebenar walaupun tanpa ingatan yang mendalam tanpa 'dia'. aku mampu menjalani hidup ini tanpa bayangan 'dia'. aku tidak lagi mencari 'dia' walaupun ke kutub mana aku mengembara. selamat tinggal 'dia'!!

bahagia? bukan kerana aku telah berjumpa dengan seseorang yang boleh membahagiakan aku. tidak, cuma aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang yang dikelilingi oleh orang2 tersayang. mereka ialah keluara dan sahabat! dan sedikit demi sedikit aku mula belajar tentang hakikat kehidupan yang sebenar!

"aku tak perlukan seseorang insan yang bergelar kekasih untuk aku bahagia, namun bukan bermakna aku tak perlukan mereka langsung dalam hidup ini. cuma mungkin waktu itu belum tiba lagi!"

secara jujur sekali lagi, aku masih solo binti single yang dimana aku masih sendirian tanpa insan bergelar kekasih disisi. sendirian tanpa rasa sepi lagi seperti dulu.

untuk awak,
smg awk berbahagia, dan smg kebahagiaan itu menjadi milik aku jua suatu hari nanti.

Friday, August 5, 2011

percaya padaku!

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku




Monday, August 1, 2011

BERIBU SESALAN

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku…

Friday, July 8, 2011

perfect!

Made a wrong turn
once or twice.
Dug my way out,
blood and fire.
Bad decisions,
that's alright.

Welcome to my silly life.
Mistreated, misplaced, misunderstood!
Miss "No way,It's all good", it didn't slow me down
Mistaken, always second guessing, underestimated!
Look, I'm still around...

Pretty pretty please!
Don't you ever ever feel
Like you're more than
more then nothin
Pretty pretty please

If you ever ever feel like you're something
You are nothing to me!

You're so mean (Your so mean)
When you talk (When you talk) about yourself, you were wrong
Change the voices (Change the voices) in your head(In the head)
Make them like you instead
So complicated, look how happy you'll make it!
Filled with so much hatred... such a tired game
It's enough! I've done all I can think of
Chased down all my demons, I've seen you do the same.

Oh, pretty pretty please
Don't you ever ever feel
Like you're more than
More then nothin
Pretty pretty please
If you ever ever feel like you're somethig
You are nothing to me!

The whole world's scared so I swallow the fear
The only thing I should be drinking is an ice cold beer
So cool in line, and we try try try,
But we try too hard and it's a waste of my time
Done looking for the critics, cause they're everywhere
They dont like my jeans, they don't get my hair
Exchange ourselves, and we do it all the time
Why do we do that? Why do I do that?

Why do I do that?

Yeah, oh, oh baby, pretty please!
Pretty pretty please,
Don't you ever ever feel
Like you're more than more then nothin
Pretty pretty please
If you ever ever feel
Like you're something are nothing to me Yeaaahhh...!
You are nothing, you're nothing!
Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're something
You are nothing to me.

Thursday, July 7, 2011

LIFE n WORK!





dear blog,

haila sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini kan?? ( haha ayat yang sama bila aku dah lama tak update blog!). untuk pengetahuan korang, aku masih lagi bernafas dan masih di beri peluang oleh DIA dan masih dipanjangkan umur untuk meneruskan pejuangan hidup di bumi-NYA ini.

well, untuk pengetahuan korang aku sekarang bersiaran ( chewaahhhh...macam deejay radio lah pulak kan..) daripada Pejabat Daerah Sabak Bernam. untuk pengetahuan korang yang seterusnya ialah aku sedang menjalani latihan amali atau praktikal di Pejabat Daerah Sabak Bernam ini untuk memprkatikan apa yang telah di pelajari selama 2 tahun di kampus. so untuk tahun yang ketiga ini, akan di habiskan sepenuhnya untuk mempraktikan apa yang dipelajari di samping mengutip pengalaman berharga untuk kerjayaku sebagai PPKP di masa hadapan, Insya Allah.

alright, sekarang nak cter sikit kisah hidup aku di Sungai Besar, SB, Selangor. pada 28 Jun 2011, aku telah selamat sampai ke sini n masuk ke rumah sewa. rumah sewa terletak berdekatan dengan pekan adalah satu perkara yang terbaikkkk!!! wahahaha....tapi utk pengetahuan korang, ini PEKAN sahaja yer! bukan lah seperti bandar MUAR atau pun Shah Alam yang sangat2 gah tu. tapi aku masih bersyukur, walaupun pekan, tapi ianya sebuah pekan yang perfect dengan segalanya! terbaiikkkkkk!!!!

then cter plak pasal office, ianya terletak kira-kira 2 km dpd rumah sewa aku. transport kami ke office???? ni teruja nak cter kat korang...aku pergi keje naik BASIKAL!!!!!! hahahah mula-mula memg malu lah gak, tapi sekarang tak lagi kot. sebab dah macam budak sekolah jer....jadi muda balikkkkk!!! (hahaha gediks je kan eida ni!!)

untuk keje pulak, okey jelah kot. sebab kitaorg boleh ngam dengan pakcik2 PKA n Abang2 PKA kat sini lah (ekkk???Abang2?? yelah yang muda2 tu lah kan...kalau aku panggil pakcik mara lah pulak nanti. tapi aku tak penah nak panggil dieorang abang okeyyyyy...not my style lah kan...aku panggil CIK jer kat sume org kat opis ni). tentang keje pulak, jgn jeles k...keja aku memg banyak keluar opis n jalan2 ( ni bukan merayau2, tapi buat keje tau!!! betul, aku tak tipu okey) dan kalau dudk kat opis ni maknanya aku tader keje lah. hahaha

okeylah, jari ni dah kematu nak menaip lagi....aku sambung nantilah ea....insya Allah...:)


Friday, May 6, 2011

di saat aku mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


good bye puncak alam

dear blog,

lama kan aku menyepi? memang pun. selepas post terakhir aku tentang lawatan ke Jerantut, Pahang, aku sangat2 busy dengan segala mak nenek report yang perlu dihantar and dia sgt2 banyak yer! lepas tu terus pulak masuk ke final test and final exam. yang lebih memenatkan ialah, final exam this semester cume 10 hari saja. 4 paper pertama di gabung dalam 2 hari dan yang selebihnya sehari untuk setiap paper. whoa....walaupun pada mulanya memg sangat2 rasa tension, tapi actuallt, it wasn't that bad! and Alhamdulillah, rasanya dapat lah menjawab soalan yang dikemukakan. haha...kalau tak dapat jawab mengikut skema jawapan pun, aku goreng jer lah....ngeeee~

okey, yang seterusnya, aku pada hari ini, 6 mei 2011 telah selamat meninggalkan Puncak Alam. setelah 2 tahun berada di sana, bila diingat semula kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana...haha perasaan yang susah untuk diungkapkan! kali pertama aku melangkah keluar daripada rumah, yang selama ini menjadi syurga loka aku, untuk belajar mengenal dunia, berdikari dan semuanya. meluaskan dunia aku dengan kenalan2 dan disitu aku kenali siapa diriku yang sebenar! so sweet!!

dalam proses itu aku berkenalan dengan seorang sahabat. bersamanya aku mula kenal Pencipta ku. setiap hikmah, alasan mengapa itu semua dilakukan. dan alhamdulillah, aku mula tahu apa apa yang menjadi pegangan aku selama ini. dan kini, tidak keterlaluan jika aku katakan yang aku berasa tenang dan damai setiap kali aku melaksanakan tugasku sebagai Hamba-Nya! terima kasih sahabat! terima kasih, Tuhan!

after 2 years, it's hard to say good bye untuk Puncak Alam dan kawan2. tempat dimana aku belajar bertatih mengenal dunia, mengenal segalanya. dan yang paling penting ialah, aku telah mencapai setiap harapan dan cita2 ummi dan ayah serta diriku sendiri sedikit demi sedikit! Alhamdulillah, Terima kasih, Ya Allah!

Saturday, April 2, 2011

~Jerantut~






dear blog,

setelah lama agak penat dan busy, akhirnya aku brekesempatan untuk mengupdate blog terchenta ini. well, kali ini aku nak story mory pasal field study aku kat jerantut on 27, 28 , 29 of March 2011. nak cerita pasal apa yer?? basically field study ni sgt2 lah seronok! adventure walapun ada rasa stress dalam kepala otak apabila pakcik driver bus yang kerek tu tak abis2 nak marah kita orang jer! whoa...mentang2 lah kan pakcik...lecturer kiterorang kat dalam van...pak cik nak marah jer kiterorang sesuka hati!!!! nasib baik lah lecturer kiterorang tu baik hati siap bagi pesan utk hormat kat pakcik! kalo tak.......hahahah...tak tahulah apa nak jadi!

okey, habis sudah kontroversi pasal pakcik bus. aku nak cter tentang pengalaman aku kat sana. hari pertama masa sampai, kami ke Lata Meraung....nak ke sana memang lah adventure dan meraung2 bus kami....dah lah bwk bus baru...pstu msuk ladang kelapa sawit...calar balar bus tu...sape punya keje??? budak ENVI!!!! sure pas ni budak Envi kena black list and bagi bus buruk2 jer kat kami nanti. then pada sebelah malam pulak main futsal...whoa...seronoknya sebab first time aku main futsal! memang kaki bangku tahap gaban lah...siap tertinggal bola lagi...wahahahah...

hari kedua...paling best sebab nak buat malaria control kat kg orang asli! tempat dekat2 sekitar taman negara. nak ke kampung tu aku kena naik bot...best ma! sampai kat sana pula buat praktikal...pstu berkomunikasi dengan org2 asli. walaupun ramai yang lari bila kitaorg naik atas, tapi jugak yang cool2 lagi...itu pun dua org jer. apa pendapat aku tentang dieorg ni??? tak lah seteruk yang dijangkakan....aku kira mereka ni dah masuk golongan yang bertamadun dah....tapi tak mustahil kalo satu hari nanti aku akan jumpa seperti yang diperkatakan encik PPKP tu kan....okey...malam pulak kitaorang ikut PPKP pergi buat premise inspection! perkara yang dipelajari, masa buat inspection n penilaian, jgn semata-mata sume ikut buku, teari n law! kena ada budi bicara!

hari last....ke MD Jerantut untuk taklimat tentang land use kat Jerantut. then balik puncak alam. bila balik ke puncak alam, pelbagai assignment n report menanti!!! wahahahaha...tensionnnya!!!!! tapi apakan daya ku???? terpaksalah menghadapinya dan aku berharap agar cepatlah masa berlalu!!!!



Saturday, March 19, 2011

TERUJA!!!!

dear blog,

nak tahu tak malam ni aku sangat lah teruja untuk mengupdate blog ini. padahal dengan penat yang tek habis sebab baru balik daripada jalan2 kat Times Square bersama kawan2 tersayang. well, perjalanan boleh dikatakan okey untk pergi dan balik. cuma hari ini 2nd day aku period, memang amat penat!!!!!

okey berbalik kepada tajuk post aku pada malam ni. mengapakah aku TERUJA???? al kisah bermula bila 'Raden Eida' yang sedang dalam perjalanan ke shah alam dengan menaikki bus rapid kl telah bertemu seseorang iaitu 'Raden Hygiene'. 'Raden Hygiene telah pun menarik perhatian 'Raden Eida' untuk terus memandang kearahnya dalam diam. ( tapi aku sedar kelakuan aku itu adalah berdosa!) well, 'Raden Eida', apa lah yang menarik sangat dengan 'Raden Hygiene' itu??????

well, tarikan yang membuat 'Raden Eida' tak jemu2 memandang adalah dengan gayanya! hahaha...aku sangat sukakan gayanya yang santai. bagi yang kenal sape aku, pasti akan dapat bayangkan macam mana rupa si 'Raden Hygiene' itu. orang yang sangat2 santai and selamber. hahaha sehingga saat aku menulis post ini aku masih terbayang wajah si 'Raden Hygiene' itu!

tapi ada sesuatu yang agak mengecewakan lah. sebab mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir aku melihat sang 'Raden Hygiene' kerana dia adalah junior dan sudah semestinya dia lebih muda setahun dari aku, tapi dia nampak mature dari segi rupa dan tingkah laku.... (macam mana aku tahu ialah apabila aku melihat kwn2 nya yang merupakan junior2 asasi), since die sudah tamat pengajian, so aku pun takkan jumpa dia lagi kat puncak alam ni! hahahaha sadisnya!!!! tader rezeki lah.

di akhir pertemuan yang tak diduga itu, memang dia sangat2 kelakar. well, nak tahu kenapa aku namakan dia sebagai 'Raden Hygiene'? huhuhu...selepas bus berhenti di perhentian klang sentral, dia pun nak duduk kat tangga bus tu. sebelum dia duduk kat tangga tu, dia siap lap tempat yang dia nak duduk tu dengan tisu lembap! hahaha sangat2 hygiene yerrrr! aku pun tak pernah buat cam tu kalo nak duduk kat tangga tu, terus je duduk! ada jugak org lain yang tergelak, tapi kiranya aku tabik jugaklah kat dia sebab sangat2 menjaga kebersihan! well, majulah kesihatan untuk negera!!!!

okeylah...'Raden Eida' nak peri bersiram dan beradu untuk mendapat mimpi2 indah bersama 'Raden Hygiene' untuk seketika ini sajalah selagi aku masih ingat akan rupanya!

bye!!!

Wednesday, March 9, 2011

DIET ke?????!!!!

dear blog,

harap maaf lah yer sebab lama tidak bersiaran secara langsung di dalam alam blog ni...tapi aku masih lagi mengikuti perkembangan & post2 terkini utk blog2 yang aku follow. kiranya sekarang ni aku dah jadi "Silent Reader" lah sebab boleh dikatakan hampir setiap hari aku bukak blog and baca post2 kawan2 aku. sebab mengapa aku tidak bersiaran?? actually aku sangat2 busy, since this is my last semester for theory, sebab next semester a.k.a my final year, aku akan melangkah ke alam praktikal dimana semua teori2 yang dipelajari di dalam kelas akan di praktikan di lapangan. okey, titik. tamat sudah mukadimah post aku untuk kali ini.

seterusnya kita focus kepada tajuk post aku pada kali ini. DIET. for me diet is a horrible word! hahaah...kenapa??? sebab aku sangat2 suka makan, so aku sangat2 lah anti untuk berdiet walhal beart badan dah bertambah, tapi still buat tak tahu dan teruskan makan seperti biasa.

tapi apa terjadi dalam tempoh hampir sebulan ini berlainan. aku mula BERDIET???? hahaha...percaya tak? seseorang yang ANTI-DIET, tiba2 tunduk dengan arahan untuk berdiet! so funny kan??? tapi dalam funny2 tu agak tension lah jugak masa berdiet ni. actually modus operandi berdiet ni bermula bila tahap kesihatan aku sebagai seseorang perempuan semakin terjejas. jadi, sudah tiba masanya aku berhenti menjadi seseorang yang ANTI-DIET kepada seseorang PRO-DIET (meksudnya kau menyokong diet! sila betulkan kalau istilah yang digunakan salah). cara aku berdiet, totally out from apa yang selalu diperkatakan, maksudnya berdiet secara betul dengan mengambil makanan secara seimbang melalui piramid makanan. tapi apa yang aku buat lain, tapi ianya adalah sesuatu yang normal untuk mereka2 yang berisi dalam berdiet. nak tahu apa dia???

aku telah keluarkan nasi daripada menu harian! so sekarang ni kiranya sudah 3 minggu aku tinggalkan nasi! maaflah yer inche nasi, bukan sy benci awk, tapi ini adalah kebaikan untuk kesihatan dan masaa depan saya sebagai perempuan sebab sy takut apa2 yang terjadi in future disebabkan keadaan tubuh sy yang tidak sihat.

setelah hampir 3 minggu, aku cuba timbang berat badan, tapi malangnya berat badan semakin menaik pulak! argghhhh!!!! sadisnya!!! dan secara jujur aku rasa sangat2 FRUST! well, aku tak salahkan cara berdiet tu, tapi memang salah aku pun sebab aku BUANG nasi daripada pemakanan harian tetapi aku banyak makan benda yang merepek. so that's why lah kot berat badan aku tak turun tetapi MENAIK!!!!!

at first aku mula nak give up, tapi bila jumpa kawan yang sedang berdiet tetapi dia berjaya menurunkan berat badan dia. bila aku cerita yang aku amat2 lah frust, die tanya apa yang aku makan bila aku tolak nasi, so aku bagitahu lah. (makanan apa tak payahlah aku cerita) last2 aku kena berleter!!!!!! die suruh aku lupakan semua makanan2 yang aku suka dan cuma provide SUSU & OAT sahaja kat dalam almari sebagai makanan!!!! arghhhh!!!! tidak!!!!!

well, so aku terpaksa lah melupakan semua makanan itu. dan sekarang aku sedang cuba untuk susun balik menu pemakanan aku! aku rasa aku kana pamerkan menu aku kat dinding supaya aku tahu apa yang perlu aku makan dalam berdiet ni! terbaikkk kan??? mestilah...dan harus lah kan!!!! supaya aku lebih berdisipilin!!

so, for u guys, tolong doakan agar usaha aku ni berhasil! that' s all...bye2

Wednesday, February 23, 2011

~sedetik lebih~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Sunday, February 13, 2011

someone, someday....in past

dear blog,

rasanya terlalu lama aku menyepi. memang pun kan? bukan aku menyombong, tapi tak ada apa-apa untuk di update! life macam biasa. tapi yang bosan ialah bila terlalu banyak assignment and dateline yang terpaksa aku kejar! seriously, bosan!

well, berbalik pada cerita aku kali ini. tadi masa tengah dengar lagu, tiba2 aku teringatkan seseorang di masa silamku. siapa?? hurm...aku pernah bercerita tentangnya. tentang'dia'...opsss tapi bukan (dia) yang bernama K tu. tapi ini adalah si 'dia' yang telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidup aku terutama di usia remajaku.

aku pun tak tahu kenapa aku teringat tentang' dia' ni. mungkin bermula bila aku teringat notes 'dia' kat FB tentang perkenalannya dengan orang yang dicintainya sekarang. daripada awal perkenalan sehinggalah ke perancangan masa hadapannya dengan orang yang dicintainya. kalau mengikut pemahaman aku lah kan, mereka mungkin akan melangkah ke alam yang seterusnya pada 2012. sama ada alam itu adalah alam pertunangan atau perkahwinan jangan tanyalah yer...

bila fikir2 semula, diam2 dah 7 tahun semuanya berlalu. tapi entah mengapa, aku masih membawanya dalam setiap impian dan angan2 (walaupun yang sebenarnya aku sedang cuba untuk buang 'dia' dpd hidupku) . sehingga kini. tapi kalau ditanya tentang hati dan perasaan, aku tak tahu. mungkin sebab aku sudah semakin dewasa dan dunia aku sudah semakin luas, dan aku semakin jauh daripadanya dan apatah lagi aku yang bertekad untuk move on setelah aku berpindah dan seterusnya menjejakkan kakiku ke menara gading. dan selepas itu, aku susah untuk berjumpa dengannya lagi dan yang penting itulah yang terbaik untuk aku.

tahukah 'dia' tentang kesan yang ditinggalkan dalam hidupku? apa yang aku tahu aku rasa happy tiap kali terserempak dengannya dan jadi tak tentu arah (masa dulu2 lah) tapi sekarang kalo jumpa, debar2 tu aku tak tahulah since aku memang dah lama tak jumpa 'dia'. mengenalinya buat aku tahu apakah ciri2 lelaki idaman yang aku inginkan dalam hidupku. aku tak perlukan lelaki yang bergelar soulmate yang handsome, kacak dan bergaya. tetapi aku inginkan lelaki yang santai, beragama, berilmu agar mampu untuk melindungi aku sebagai soulmatenya. cukuplah itu yang aku pinta daripada Allah s.w.t.

kini tahun 2011 dan dalam tempoh 10 bulan lagi menjelmalah 2012. walaupun nampak macam lama, tapi tidak untuk aku. 'dia' bersama org yang dicintainnya akan tiba di garisan penamat atau destinasi cinta mereka, sedangkan aku? masih baru berjalan. berjalan mencari apa yang aku inginkan sedangkan aku tak tahu apa yang aku inginkan sebenarnya. tak dapat aku bayangkan perasaan aku bila tiba detik itu. detik 'dia' dan orang yang dicintainya itu. bohonglah kalau aku kata aku mendoakan yang terbaik saja, tapi sebenarnya msih terselit dalam hati aagar aku masih punya peluang untuk bersamannya. sebab takdir-Nya tak siapa yang tahu kan? mungkin kah ada peluang untuk ku di sebalik masa yang kian ke penghujungnya....mungkinkah takdir yang tertulis di loh mahfuz nama aku dan 'dia'? hahaha...aku masih mengharap kan??? ya, tapi tidaklah setinggi dulu sebab aku tak mahu kecewakan diri aku lagi!

"aku masih mengarapkan sinar itu, walaupun dalam kesamaran!"

Saturday, January 8, 2011

inilah cinta!



Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta


Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta


Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Thursday, January 6, 2011

kembali ke puncak alam

dear blog,

sudah hampir seminggu aku kembali ke puncak alam. seperti biasa meneruskan sesi semester yang baru. dan semester ini merupakan semester akhir aku untuk sesi teori, sebab semester 5 dan 6 aku akan menjalan praktikal selama setahun.

well, tahniah untuk semua classmates aku. sebab semester lepas, batch kami yang paling cemerlang result utk final exam dalam jabatan kesihatan persekitaran ini! credit to you guys!!! sebab kejayaan ini hasil usaha kita bersama dalam menaikkan batch kita! dan tahniah juga untuk mereka yang memegang gelaran AD, termasuk lah juga tuan punya blog...Alhamdulillah!

okey, bercerita tentang semester baru ni...haila memang mencabar! basically kami sedang buat preparation untuk pergi practical! so memg tough lah subjek2 sem ni. dan yang paling 'best' aku akan hidup dengan law saja untuk sem ni.....memg gilesss!!!

bila lecturer bercerita tentang praktikal, seram jugak aku....terfikir, mampukan aku menjadi seorang IK berjaya....? dan seterusnya untuk menjadi seorang safety officer plak....haila.....cuak pun ader....tapi basically, aku mula jatuh cinta dengan bidang yang ceburi. baru jatuh cinta?? sebab masa awal2 aku sekadar anggap peluang ni sebagai batu loncatan untuk aku menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang yang aku minati....dan yang peling penting sebab ikut kehendak parents...tapi mungkin pilihan mereka ini macam betul untuk aku...yang terbaikk lah senang cter, sebab sesuai dengan perwatakan aku....hurmmm...harap2 begitulah hendaknya!

okeylah, aku dah tak tahu apa nak cerita. basically, aku sedang dilanda kebusanan sebab biasalahkan minggu pertama...hahahah...biaslah! tapi tunggu lah minggu2 akhir nanti...kena qada' balik lah jawabnya!!!!

okey, guys....
gud nite!!!!!