"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Sunday, November 28, 2010

cinta oh cinta??

cinta?

cinta itu wujud apabila ada dua hati yang saling mencintai. dan cinta itu bukan sekadar cinta semata-mata. tapi di dalamnya terdapat kasih sayang, setia, jujur, ikhlas, kepercayaan dan toleransi serta pengorbanan. sebab itu dlam bercinta, langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya mendung. bila badai itu datang menjelma, itulah yang dikatakan ujian atau mungkin sebahagian petunjuk daripada-NYA.

cinta itu indah walaupun ada kalanya amat menyakitkan, that's the beauty of life! sebab adakalanya kita akan merasa bahagia, akan tiba masanya hidup atau sesuatu perhubungan itu boleh menjadi hambar dan suram!

dan jangan sesekali kita lupa diri tatkala cinta itu datang mengetuk pintu hati kita! kerana cinta boleh membuat kita menjadi orang yang BODOH! kerana cinta boleh membuat kita menjadi org yang BUTA dalam celik! kerana cinta kita boleh lupa pada HUKUM-NYA!


cinta dalam ISLAM

kata cinta dalam islam dikenali sebagai 'mahabbah' dan 'mawaddah'. kedua-duanya mempunyai erti yang sama iaitu senang, meyukai dan menyayangi.

Dalam Surah Maryam ayat 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang. ”
Jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia.

Dalam Surah Ar Rum ayat 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

kasih sayang adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh kerana itu terraihnya cinta—kasih sayang pada satu pasangan itu kerana kualiti keimanan rohani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah kasih sayang yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

from: halaqah.net

bercinta @ couple mengikut ISLAM

secara kasarnya ada sesetengah ulama yang mengatakan bahawa bercinta adalah haram dan ada juga yang membenarkan bercinta. hal yang demikian kerana cinta itu dianggap sebagai satu mukadima dalam sesebuah perkahwinan. bercinta yang dibenarkan menurut pandangan Islam ialah apabila ianya bertujuan untuk membina sesebuah perkahwinan dan seterusnya membentuk sesebuah keluarga dan masyaratkat yang harmoni.

menurut Surah Al- Isra ayat 32: dan janganlah kamu menghampiri zina. bercinta yang diharamkan dalam Islam pula ialah apabila terlibat dengan gejala maksiat. bercinta yang tiada arah tujuan atau matlamat. sekadar bersuka ria, yang seterusnya berlakunya maslah sosial seperti seks bebas dan kelahiran anak luar nikah yang seterusnya di buang di tong sampah sebagai sampah yang tidak berguna oleh ibu yang melahirkannya sendiri.


binalah sebuah mahligai iaitu sesebuah perkahwinan yang diberkati oleh-Nya berasaskan tapak yang kukuh, dan suci dan terhindar daripada sebarang kemaksiatan. tetapkan arah tujuan cinta agar kita tidak tersesat dan batas-batas itu sentiasa terpelihara.



1 comment: