"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Wednesday, July 14, 2010

~hidup~

kenapa DIA datangkan seseorang dalam hidup kita?
lalu kemudian DIA hadirkan perasaan yang indah dalam diri kita
seterusnya buat kita merasa bahagia
akhirnya, semuanya sebagai satu persinggahan!
satu PENDUSTAAN!

kenapa perlu hadir rasa CINTA?
jika yang hadir hanya sekadar persinggahan
jika hadirnya sebagai penghibur sementara
jika hadirnya sekadar menemani hari yang sepi
bagaimana pula yang hadirnya sebagai satu dusta?
mempermainkan hati dan perasaan
mempersendakan cinta ikhlas dan tulus
dan ada kalanya membutakan hati dan perasaan!

kenapa perlu ada rasa SEPI?
sedangkan kita punya DIA yang SATU
sedangkan kita punya keluarga dan sahabat handai
kita punya ruang untuk berhibur
namun ada kalanya rasa sepi itu tidak pernah terisi
walaupun sebaik mungkin kita cuba hiburkan hati yang sepi ini

itulah fitrah kehidupan
yang diatur oleh YANG SATU
bila tiba masanya kita akan sedar betapa bijaknya hidup in
kerana diatur oleh-Nya yang MAHA BIJAKSANA
kerana di sebalik ketabahan, akan ada kemanisan
kerana di sebalik kesakitan, akan ada penawarnya
dan di sebalik apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya!

No comments:

Post a Comment