"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Saturday, March 19, 2011

TERUJA!!!!

dear blog,

nak tahu tak malam ni aku sangat lah teruja untuk mengupdate blog ini. padahal dengan penat yang tek habis sebab baru balik daripada jalan2 kat Times Square bersama kawan2 tersayang. well, perjalanan boleh dikatakan okey untk pergi dan balik. cuma hari ini 2nd day aku period, memang amat penat!!!!!

okey berbalik kepada tajuk post aku pada malam ni. mengapakah aku TERUJA???? al kisah bermula bila 'Raden Eida' yang sedang dalam perjalanan ke shah alam dengan menaikki bus rapid kl telah bertemu seseorang iaitu 'Raden Hygiene'. 'Raden Hygiene telah pun menarik perhatian 'Raden Eida' untuk terus memandang kearahnya dalam diam. ( tapi aku sedar kelakuan aku itu adalah berdosa!) well, 'Raden Eida', apa lah yang menarik sangat dengan 'Raden Hygiene' itu??????

well, tarikan yang membuat 'Raden Eida' tak jemu2 memandang adalah dengan gayanya! hahaha...aku sangat sukakan gayanya yang santai. bagi yang kenal sape aku, pasti akan dapat bayangkan macam mana rupa si 'Raden Hygiene' itu. orang yang sangat2 santai and selamber. hahaha sehingga saat aku menulis post ini aku masih terbayang wajah si 'Raden Hygiene' itu!

tapi ada sesuatu yang agak mengecewakan lah. sebab mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir aku melihat sang 'Raden Hygiene' kerana dia adalah junior dan sudah semestinya dia lebih muda setahun dari aku, tapi dia nampak mature dari segi rupa dan tingkah laku.... (macam mana aku tahu ialah apabila aku melihat kwn2 nya yang merupakan junior2 asasi), since die sudah tamat pengajian, so aku pun takkan jumpa dia lagi kat puncak alam ni! hahahaha sadisnya!!!! tader rezeki lah.

di akhir pertemuan yang tak diduga itu, memang dia sangat2 kelakar. well, nak tahu kenapa aku namakan dia sebagai 'Raden Hygiene'? huhuhu...selepas bus berhenti di perhentian klang sentral, dia pun nak duduk kat tangga bus tu. sebelum dia duduk kat tangga tu, dia siap lap tempat yang dia nak duduk tu dengan tisu lembap! hahaha sangat2 hygiene yerrrr! aku pun tak pernah buat cam tu kalo nak duduk kat tangga tu, terus je duduk! ada jugak org lain yang tergelak, tapi kiranya aku tabik jugaklah kat dia sebab sangat2 menjaga kebersihan! well, majulah kesihatan untuk negera!!!!

okeylah...'Raden Eida' nak peri bersiram dan beradu untuk mendapat mimpi2 indah bersama 'Raden Hygiene' untuk seketika ini sajalah selagi aku masih ingat akan rupanya!

bye!!!

Wednesday, March 9, 2011

DIET ke?????!!!!

dear blog,

harap maaf lah yer sebab lama tidak bersiaran secara langsung di dalam alam blog ni...tapi aku masih lagi mengikuti perkembangan & post2 terkini utk blog2 yang aku follow. kiranya sekarang ni aku dah jadi "Silent Reader" lah sebab boleh dikatakan hampir setiap hari aku bukak blog and baca post2 kawan2 aku. sebab mengapa aku tidak bersiaran?? actually aku sangat2 busy, since this is my last semester for theory, sebab next semester a.k.a my final year, aku akan melangkah ke alam praktikal dimana semua teori2 yang dipelajari di dalam kelas akan di praktikan di lapangan. okey, titik. tamat sudah mukadimah post aku untuk kali ini.

seterusnya kita focus kepada tajuk post aku pada kali ini. DIET. for me diet is a horrible word! hahaah...kenapa??? sebab aku sangat2 suka makan, so aku sangat2 lah anti untuk berdiet walhal beart badan dah bertambah, tapi still buat tak tahu dan teruskan makan seperti biasa.

tapi apa terjadi dalam tempoh hampir sebulan ini berlainan. aku mula BERDIET???? hahaha...percaya tak? seseorang yang ANTI-DIET, tiba2 tunduk dengan arahan untuk berdiet! so funny kan??? tapi dalam funny2 tu agak tension lah jugak masa berdiet ni. actually modus operandi berdiet ni bermula bila tahap kesihatan aku sebagai seseorang perempuan semakin terjejas. jadi, sudah tiba masanya aku berhenti menjadi seseorang yang ANTI-DIET kepada seseorang PRO-DIET (meksudnya kau menyokong diet! sila betulkan kalau istilah yang digunakan salah). cara aku berdiet, totally out from apa yang selalu diperkatakan, maksudnya berdiet secara betul dengan mengambil makanan secara seimbang melalui piramid makanan. tapi apa yang aku buat lain, tapi ianya adalah sesuatu yang normal untuk mereka2 yang berisi dalam berdiet. nak tahu apa dia???

aku telah keluarkan nasi daripada menu harian! so sekarang ni kiranya sudah 3 minggu aku tinggalkan nasi! maaflah yer inche nasi, bukan sy benci awk, tapi ini adalah kebaikan untuk kesihatan dan masaa depan saya sebagai perempuan sebab sy takut apa2 yang terjadi in future disebabkan keadaan tubuh sy yang tidak sihat.

setelah hampir 3 minggu, aku cuba timbang berat badan, tapi malangnya berat badan semakin menaik pulak! argghhhh!!!! sadisnya!!! dan secara jujur aku rasa sangat2 FRUST! well, aku tak salahkan cara berdiet tu, tapi memang salah aku pun sebab aku BUANG nasi daripada pemakanan harian tetapi aku banyak makan benda yang merepek. so that's why lah kot berat badan aku tak turun tetapi MENAIK!!!!!

at first aku mula nak give up, tapi bila jumpa kawan yang sedang berdiet tetapi dia berjaya menurunkan berat badan dia. bila aku cerita yang aku amat2 lah frust, die tanya apa yang aku makan bila aku tolak nasi, so aku bagitahu lah. (makanan apa tak payahlah aku cerita) last2 aku kena berleter!!!!!! die suruh aku lupakan semua makanan2 yang aku suka dan cuma provide SUSU & OAT sahaja kat dalam almari sebagai makanan!!!! arghhhh!!!! tidak!!!!!

well, so aku terpaksa lah melupakan semua makanan itu. dan sekarang aku sedang cuba untuk susun balik menu pemakanan aku! aku rasa aku kana pamerkan menu aku kat dinding supaya aku tahu apa yang perlu aku makan dalam berdiet ni! terbaikkk kan??? mestilah...dan harus lah kan!!!! supaya aku lebih berdisipilin!!

so, for u guys, tolong doakan agar usaha aku ni berhasil! that' s all...bye2