"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Thursday, December 30, 2010

kisah aku di semester break

as salam

dear blog,
well, agal lama aku meyepi daripada alam blogger ni. bukan menyombong tapi aku tak berkesempatan untuk mengupdate segala benda dan hal yang terjadi sepanjang cuti semester kali ni. kalai setiap event yang jadi, aku nak kena update, haila....penat lorh! tapi memg banyak event yang terjadi sepanjang cuti ini yang membuatkan aku menjadi org yang sibuk, tapi bukan penyibuk tau!

okey, aku mulakan imbasan event yang terjadi sepanjang cuti kali. ni kiranya aku just buat ringkasan je lah! cam aku kata tadi, kalau nak citer every single event yang terjadi memg tak cukup masa!

event 1:
ni kiranya masa minggu pertama aku balik untuk cuti sem. oh ya, untuk pengetahuan korang, parents aku pergi menunaikan haji dan umrah tahun ni. so masa aku balik cuti sem ni, mereka sudah berada di Tanah Suci lebih kurang 3 minggu lah. masa kau balik ni memg terasa sangat2 bosan sebab mereka tiada dirumah. so cuma tingal aku, adik aku, & grandparents aku je lah! dalam minngu pertama ni, aku kena settlekan banyak hal2 rumah! bayar bil, pergi sekolah adik aku untuk settlekan sume hal2 sekolah dia. in conclusion, minggu ni memg busy n bosan!!!

event 2:
aku keluar melepak dengan kawan2 sekolah dulu. dengan Jannah, Zara, Zaryn, Syu. paling tak best ialah aku kena angkut sekali adik aku!!!!!!! untuk pengetahuan korang, adik aku tu umur 8 tahun, tapi mulut....boleh tahan jugak lah!!! one more thing, aku ni plak jenis memg tak suke keluar bawak budak2 atau keluar dngan budak2 kalau bukan dgn parents aku sebab aku tak suka nak jaga n control budak! hai...agak2 cam ner lah bila kau ada anak sendiri?????

aktiviti kami ialah, pergi main boling! dah penat main......Jannah.....saja mau bagi aku manfaatkan kad atm yang ayah tinggalkan kat aku dengan ajak makan kat Secret Recepi!!!!! pergghhhhh!!! memg tak leh blah! nasib baik lah aku makan cheese cake yang per slice harga dia RM 6.5o jer!!! kalau aku makan ala2 cam adik aku yang pergi melantak western, memg jejak lah RM 50 kat sana makan berdua!!!! well, enjoyyy!!! dengan kad atm ayah, nasib kad kredit die tak bagi...kalau tak...hai2 bye2 lahhhh

event 3:
ni minggu ke berepa kau tak ingat, tapi sminggu sebelum parents aku balik. aku ke Kuantan, join kakak aku punya family day!!!! sebelum pergi granpa, ayah n ummi sempat call daripada Mekah semata-mata nak ingatkan kiatorg tiga beradik ni jaga diri! jgn nak mengenlinjang sangat!!!!! pergghhh!!! terbaikk!!! baik ummi n ayah!!!

event 4:
bermula apa bila aku balik dpd Kuantan. mula mengemas, membeli barang, ke sana, ke sini untuk menyelesaikan sume hal2 yang berkaitan untuk kenduri dan menyambut kepulangan parents aku...rumah nak kena kasi tip top atas bawah! tapi last2 gitu2 jer kemas sebab aku dah penat!!!! masa malam sebelum parents aku balik tu memg aku tak leh tdo sgt! sebab risau, nak mereka selamat sampai ke M'sia ni, n excired nak jumpa mereka...I miss them so much!!!!!! dan akhirmya, mereka selamat tiba ke Muar dalam 2.00++ petang...Alhamdulillah!

event 5:
seminggu lepas paremts aku balik, aku dengan Jannah join Promgram Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM 2010) kat senai selama 3 hari 2 malam. seronok lah gak kat sana. esp, aku dapat tahu tentang IM yang sedang dalam proses rupanya...ingtkan masih dlama perancangan! hahaha..ketinggalan zaman betul!!! tentang friends pulak, aku ni cam biasalah, berat mulut. actually kem ni utk mahasiswa IPTA warga johor. so yang join plak banyak budak2 degree, yang semestinya golongan2 yang lebih tua dpdp aku...ntahlah...aku susah nak coped dengan dieorg...mungkin sebab dieorg lebih matang kowt...dan aku masih rasakan yang aku ni masih cam budak2 lg. the end of the story, kami sempat lah bertukar2 no.phone and masih lagi berhubung dalam fb!

event 6:
beberapa hari selepas balik dpd senai, aku teman grandparents aku ke jb atas urusan kesihatan kat sana. selang beberapa hari kemudian, grandpa aku masuk hospital atas masalah kesihatan. dua hari kat wad biasa, dia di pindahkan ke CCU atas lasalah pada jantung pula. so, memg keje aku ulang alik hospital lah dalam tempoh 2 minggu tu. selepas 10 hari kat CCU, dia dihantar ke IJN untuk rawatan yang selanjutnya. sehingga kini dia masih di sana, tak tahulah bila kan discharge dpdp IJN pulak...

event 7:
aku pergi berkelah , main air and mengenlinjang lah ke melaka wonderland dengan anak2 Makni, iaitu jiran sebelah rumah aku masa kat sg. actually kami memg agak rapat cam satu family, dengan dieorg ni pun aku dah anggap cam adik beradik....it was good!!! sebab best bila ada adik beradik yang ramai...dapat berkelah cam ni. kepenatan memg tak terkata. dengan menjerit2 lagi...memg penat. selesai main air, kami menziarah ke JJ kat Melaka sentral tu.....pastu pergi makan lah plak....dalam pukul 10 kami pualng and tiba kat MUAR dalam 11 lebih! korang memg best!!!! terbaikkkk!!

event 8:
aku ke KUantan lagi......

event 9:
event yang bakal berlangsung! ialah...balik PUNCAK ALAM!!!!!!!


well....sampai sini jelah update aku kali ni....jari jemari dah penat nak mengetuk papan nji....bye2
as salam....:)