"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Sunday, February 13, 2011

someone, someday....in past

dear blog,

rasanya terlalu lama aku menyepi. memang pun kan? bukan aku menyombong, tapi tak ada apa-apa untuk di update! life macam biasa. tapi yang bosan ialah bila terlalu banyak assignment and dateline yang terpaksa aku kejar! seriously, bosan!

well, berbalik pada cerita aku kali ini. tadi masa tengah dengar lagu, tiba2 aku teringatkan seseorang di masa silamku. siapa?? hurm...aku pernah bercerita tentangnya. tentang'dia'...opsss tapi bukan (dia) yang bernama K tu. tapi ini adalah si 'dia' yang telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidup aku terutama di usia remajaku.

aku pun tak tahu kenapa aku teringat tentang' dia' ni. mungkin bermula bila aku teringat notes 'dia' kat FB tentang perkenalannya dengan orang yang dicintainya sekarang. daripada awal perkenalan sehinggalah ke perancangan masa hadapannya dengan orang yang dicintainya. kalau mengikut pemahaman aku lah kan, mereka mungkin akan melangkah ke alam yang seterusnya pada 2012. sama ada alam itu adalah alam pertunangan atau perkahwinan jangan tanyalah yer...

bila fikir2 semula, diam2 dah 7 tahun semuanya berlalu. tapi entah mengapa, aku masih membawanya dalam setiap impian dan angan2 (walaupun yang sebenarnya aku sedang cuba untuk buang 'dia' dpd hidupku) . sehingga kini. tapi kalau ditanya tentang hati dan perasaan, aku tak tahu. mungkin sebab aku sudah semakin dewasa dan dunia aku sudah semakin luas, dan aku semakin jauh daripadanya dan apatah lagi aku yang bertekad untuk move on setelah aku berpindah dan seterusnya menjejakkan kakiku ke menara gading. dan selepas itu, aku susah untuk berjumpa dengannya lagi dan yang penting itulah yang terbaik untuk aku.

tahukah 'dia' tentang kesan yang ditinggalkan dalam hidupku? apa yang aku tahu aku rasa happy tiap kali terserempak dengannya dan jadi tak tentu arah (masa dulu2 lah) tapi sekarang kalo jumpa, debar2 tu aku tak tahulah since aku memang dah lama tak jumpa 'dia'. mengenalinya buat aku tahu apakah ciri2 lelaki idaman yang aku inginkan dalam hidupku. aku tak perlukan lelaki yang bergelar soulmate yang handsome, kacak dan bergaya. tetapi aku inginkan lelaki yang santai, beragama, berilmu agar mampu untuk melindungi aku sebagai soulmatenya. cukuplah itu yang aku pinta daripada Allah s.w.t.

kini tahun 2011 dan dalam tempoh 10 bulan lagi menjelmalah 2012. walaupun nampak macam lama, tapi tidak untuk aku. 'dia' bersama org yang dicintainnya akan tiba di garisan penamat atau destinasi cinta mereka, sedangkan aku? masih baru berjalan. berjalan mencari apa yang aku inginkan sedangkan aku tak tahu apa yang aku inginkan sebenarnya. tak dapat aku bayangkan perasaan aku bila tiba detik itu. detik 'dia' dan orang yang dicintainya itu. bohonglah kalau aku kata aku mendoakan yang terbaik saja, tapi sebenarnya msih terselit dalam hati aagar aku masih punya peluang untuk bersamannya. sebab takdir-Nya tak siapa yang tahu kan? mungkin kah ada peluang untuk ku di sebalik masa yang kian ke penghujungnya....mungkinkah takdir yang tertulis di loh mahfuz nama aku dan 'dia'? hahaha...aku masih mengharap kan??? ya, tapi tidaklah setinggi dulu sebab aku tak mahu kecewakan diri aku lagi!

"aku masih mengarapkan sinar itu, walaupun dalam kesamaran!"

No comments:

Post a Comment