"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Wednesday, November 23, 2011

apa yang aku inginkan tatkala ini

dear blog,

kenapa dengan mood aku lately macam selalu sangat berubah2? apa yang tak kena? haha...tolonglah, i hate this kind of feeling! sebab rasa2 macam ni boleh effect orang2 yang berada di sekeliling aku.

kadang kala aku perlukan tempat untuk aku berdiam seketika. berdiam untuk mencari ketenangan dan berfikir. tempat yang jauh daripada mereka semua supaya aku dapat berfikir! but, then aku sendiri tak tahu apa yang harus aku fikirkan sebab aku rasa terlalu banyak perkara yang bermain di dalam fikiran ini !

so, persoalannya disini...boleh tak aku ke tempat yang tenang itu untuk bersendirian buat seketika? tolonglah...beri saya peluang untuk bersendirian seketika! tolonglah! tolonglah! tolonglah!!

korang nak tahu tak kriteria yang aku inginkan untuk tempat yang tenang itu? aku wish aku boleh pergi ke pantai...tak kiralah pulau ke...tapi kalau boleh aku nak pergi Cherating sebab pantainya yang indah dan cantik. tenang sangat. dan apabila disana, aku mahu pergi bersendirian. melakukan segala jenis benda bersendirian sehingga aku rasa tenang dan bosan !! tapi the main point mestilah aku harus mencapai objective kedatangan aku ke sana...iaitu utuk menenangkan fikiran ini.

aku nak susuri pantai setiap hari. menyusuri pantai sambil meghirup udara segar setiap pagi hingga ke petang. then pulang ke chalet untuk rehat2 dan berfikir...mencari ketenangan untuk merungkai semua persoalan yang ada dalam fikiran ini dan seterusnya mencari jawapan untuk memperbaiki setiap masalah dan kekurangan yang ada.

so, tolonglah...ada siapa2 yang nak sponsor percutian idaman aku ini?? kalau ada sila angkat tangan!!

No comments:

Post a Comment