"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Wednesday, November 30, 2011

Insya Allah !

"Aku dah nampak apa yang aku perlu nampak!
Well, I'll take it as 'petunjuk' from HIM...
Alhamdulillah, Thank you Allah"

dear blog,

sekali lagi aku dilanda rasa 'itu' pada beberapa minggu yang lalu. (chewahh!! macam dah lama sangat je bunyi tu. padahal tak adalah lama mana pun!) dan sekali lagi aku dihimpit rasa yang aku sendiri tak pasti what kind of feeling was it...yang pastinya, aku tahu yang aku cukup keliru dan aku benci dengan keadaan dan rasa tersebut!

aku jumpa dia. dia, aku rasa tak perlulah kot aku ceritakan siapa dia. cukuplah hanya aku sahaja yang tahu siapa dia. dengan dia aku bebas jadi diri aku. itu yang aku buat aku rasa senang bila dengan dia.

jujur lah aku katakan, siapa yang tak happy bila ada orang boleh buat kita ketawa, take care pasal kita, boleh bercakap dan berkongsi masalah dengan kita. siapa yang tak suka kan?? tapi, biasalah bila masuk bab hati dan perasaan tak ada siapa yang boleh ramal.

apa yang aku inginkan dalam seorang lelaki ada pada dia. he's a perfect to me! cuma kalau ada pun kekurangan, adatlah kan? sebab mana ada manusia yang sempurna dalam muka bumi ini yang termasuk jugak dengan diri aku..

dan bila kekeliruan itu berlaku, aku cuba menilai semula apa yang pernah terjadi antara kami. kemesraan kami, how close aku dengan dia, buat aku tertanya-tanya tentang perasaan aku pada dia...adakah yang kau rasa adalah perasaan yang lebih daripada seorang kawan? atau masih tidak lebih sebagai kawan? finally aku jadik tension bila fikir pasal hal ni...:)

dan setelah beberapa ketika berlalu, aku diperlihatkan tentang sesuatu yang buat aku terima itu sebagai ssatu petunjuk daripada-NYA yang bahawasanya, dia tidak lebih dpd seorang kawan kpd aku dan aku juga tidak perlukan dia lebih daripada seorang kawan! dan antara kami, hanya sebagai KAWAN sahaja!

"Penyelesaian : Jaga jarak pergaulan agar aku takkan tersasar lagi dan semoga persahabatan ini akan kekal untuk selamanya !! INSYA ALLAH !!"

No comments:

Post a Comment