"IMPIAN ADALAH PERMULAAN KEPADA SEBUAH
CITA-CITA"

Thursday, September 3, 2009

" aku nak share tentang....."

"wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai,
tenggelamlah seperti mataharimu.
aku takkan pernah menangisi pemergianmu,
dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung
sedetik pun mengigatimu.
kamu telah meninggalkan kami semua
pergi dan takkan kembali lagi"

sebagai manusia, kita perlulah redha dengan apa yang terjadi.
jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.
jangan dikenang segala kesedihan yang telah berlalu
kerana kesedihan itu akan membunuh atau melumpuhkan
kebahagiann yang baru tumbuh.
dan ingatlah, masa tidak pernah menunggu kita,
sebaliknya kita sebagai manusia yang yang harus
mengejar masa.
so, let bygone be bygone...
macam masa yang takkan pernah menunggu kita
untuk bangkit dan teruskan perjalanan hidup ni.
masa akan tetap berjalan...takkan pernah berhenti.

"wahai masa depan,
engkau masih lagi dalam keghaiban!
maka aku tidak pernah bermain dengan khayalan dan
menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.
aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum ada
kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu
esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu
pun darinya yang dapat disebutkan"


jangan diharap pada sesuatu yang belum pasti
wujud atau tidak...
sesuatu yang belum tentu jadi milik kita.
sebaliknya, syukurilah nikmat yang kita perolehi pada hari ini.
cuba bayangkan jika kita mengharapkan sesuatu pada masa depan
tapi kita tak mampu memiliki anganan itu...
mesti kita akan rasa kecewa sangat2.
so,just leave it to HIM.
kerana DIA Maha Mengetahui dan penentu segalanya.

firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Baqarah...(ringkasan ikut kefahaman aku la)
kadang kala apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita,
dan yang kita benci itu buruk untuk kita
Dan ALLAH Maha Mengetahui segala-galanya.....

1 comment: